20 Januari 2015

Penduduk Ragu Tentang Pembinaan Rumah Pangsa Mampu Milik


rumah pangsa pulau redang2PULAU REDANG – Janji Kerajaan negeri Terengganu untuk menyiapkan projek pembangunan 160 unit rumah pangsa mampu milik di sini akan siap pada akhir tahun 2014, sudah pun berlalu.
Mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika melawat pada 19 Mac tahun lalu berkata, projek yang dibina di atas tapak seluas 1.7 ha sudah hampir 40 peratus siap dan dijangka boleh diduduki seawal tahun hadapan.


HasmizieAhmad juga berjanji, projek perumahan mampu milik itu akan dilengkapi dengan sebuah gelanggang futsal, sebuah dewan serbaguna, dua rumah sampah, pencawang elektrik dan loji kumbahan.
Namun, selepas kira-kira 3 bulan dari tarikh Ahmad beredar dari Pulau Percutian itu, projek yang telah mengalami kelewatan pembinaan, tergendala semula.
“sudah lebih daripada 6 bulan berhenti buat kerja……………loji kumbahan tak nampak rupa…….Jangan kata gelanggang futsal……….dewan serbaguna pun ‘hampeh’……..,”kata penduduk, Hasmizie bin Hasan, 29. [Gambar kanan]
Pembangunan perumahan mampu milik yang didakwa Ahmad sebagai projek pertama kerajaan negeri di pulau tersebut, turut membawa pelbagai keraguan dan persoalan dikalangan penduduknya.
Para penduduk menyatakan keraguan tentang kekukuhan bangunan rumah pangsa empat tingkat itu kerana ia didirikan tanpa tiang.
Seorang pekerja pusat pelancongan, Akbal bin Zakaria, 50, [Gambar kiri] mempersoalkan tentang bahan ‘gabus’ dan cara pembinaannya yang disifatkan tidak kukuh.
“rumah (pangsa) ni kalau (kita) tengok…..tak ada tiang ni………..rumah ni (rumah) pasang siap……bubuh ‘gabus’ (kemudian) ‘plast’ (lepa) dengan simen,
akbal zakaria“saya pun tak pernah tengok (pembinaan) rumah macam ni,”ujarnya.
Tambah membimbangkan, tangki air bagi keperluan penghuni rumah tersebut kelak, menurut beliau akan diletakkan dibahagian atas rumah tersebut.
Beliau turut mendengar perbualan orang ramai berkenaan sungutan dari para pekerja pembinaan projek itu, mereka tidak dibayar gaji bulanan.
Sebaliknya, pekerja asal Bangladesh dan Indonesia itu hanya diberi pinjaman apabila mereka memerlukan wang.
Menurut beliau, kemungkinan itulah yang menjadi punca kepada kelewatan kerja-kerja pembinaan rumah itu, setelah dua tahun ia dimulakan.
Sementara itu, Imam masjid Kampung Pulau Redang, Abu Bakar Awang [Gambar kanan bawah] pula tidak pasti bagaiamana pembahagian rumah tersebut apabila ia siap nanti.
Beliau berharap pihak kerajaan akan mengagihkan semuanya kepada penduduk pulau, memandangkan generasi baru di kampung itu yang tidak memiliki tanah dan rumah.
“(pembahagian) hok ni (rumah ini) wallahu ‘alam……..tak tahulah lagu mana……….tapi pokok pangkalnya (ia mesti) dibahagikan kepada semua penduduk,
“terutamanya kepada generasi baru,”katanya yang mendakwa ia adalah projek kerajaan pusat.
Abu bakarKerajaan negeri mendakwa tujuan pembinaan rumah pangsa mampu milik itu adalah untuk membantu rakyat, khususnya penduduk pulau.
Setiap unit rumah itu mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air, didakwa mampu memberi keselesaan terutamanya kepada generasi muda yang baru berumahtangga.
Sebaliknya, Hasmizie yang mewakili orang muda Pulau Redang mendakwa ia tidak akan menyelesaikan masalah ‘sebuah rumah dihuni oleh 3 atau 4 keluarga’ pada masakini.
“kalau rumah tu………mampu milik dengan keluasan 750 kaki persegi, kalau di darat ni, contoh Seberang Takir sudah harga RM140,900 seunit,
“mana orang pulau nak mampu (beli) …..……… dengan harga tu, gadai nyawa lah orang pulau,”katanya.

Tiada ulasan:

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang ...