Tiada Kemudahan Rekreasi Punca Anak Muda Pulau Redang Tagih ‘Pil Kuda’

Screenshot (549)KUALA TERENGGANU – Tiada kemudahan rekreasi bagi orang-orang muda di Kampung Baharu Pulau Redang adalah faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah golongan tersebut terbabit dengan aktiviti tidak sihat, termasuk meminum arak dan menagih pil kuda.
Bahkan menurut seorang pekerja rencam yang mahu dikenali sebagai ‘Mamat’ mendakwa, ramai budak-budak sekolah turut terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu.


Screenshot (551)“kebanyakkan le ni (sekarang ini) budak-budak sekolah (bila) balik sekolah balik …..hisap pil kuda…….sebab tak ada tempat nak ‘main sukan’,
“hok tempat boleh main sukannya se (satu sahaja) situlah,”katanya sambil menunjukkan pantai landai di Teluk Dalam, yang sering digunakan penduduk untuk aktiviti rekreasi.
Tapi kalau masa air pasang, soal beliau, dimanakah anak-anak muda Pulau Redang hendak menjalankan aktiviti rekreasi?
“takkan nak main (bola sepak) di kuaters (kediaman) sokmo? Tak dok tempat nak bermain di sini………takkan nak main tempat orang sokmo?
“sebab kita ada Ketua di sini (di Kampung Pulau Redang) ini,”ujar beliau dengan nada kesal.
Beliau berharap kerajaan dapat menyediakan kawasan rekreasi khusus agar anak-anak muda dapat menjalankan aktiviti dan terhindar dari melakukan kegiatan negatif .
“nak elak daripada buat benda tu je…….hisap dadah…….minum arak, (tapi) le ni ramai sangat budak-budak muda kita (yang terbabit)…….. teruknya……..,”ujanya lagi.
Beliau merasakan kawasan kampungnya itu bertambah sempit.
Padang permainan yang sebelum ini menjadi yang tumpuan anak-anak muda menjalankan aktiviti riadah teah ‘lupus’ kerana pembinaan rumah rumah pangsa mampu milik.
Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika melawat Pulau tersebut pada bulan Mac 2014, pernah berjanji akan membina sebuah gelanggang Futsal bagi kemudahan para belia di pulau itu.
Namun sehingga kini, bukan sahaja gelanggang yang dijanjikan tidak ‘muncul’, malah projek pembinaan rumah pangsa mampu milik itu, turut tergendala.
rumah flet pulau redanga
Ahmad berkata, projek perumahan yang dibina di atas tapak seluas 1.7 ha sudah hampir 40 peratus siap dan dijangka boleh diduduki seawal tahun hadapan.
Sebaliknya, penduduk kampung ‘hanya menggelengkan kepala’ apabila ditanya tentang projek perumahan tersebut.
Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada bulan November lalu, wakil rakyat bagi kawasan terbabit, tidak pun ‘mengungkit’ tentang kemudahan untuk rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit Bazlan Abd Rahman hanya meminta kerajaan supaya mempertingkat kemudahan jeti, yang menjadi kepentingan kepada pelancongan.
Sehubungan itu, Mamat ketika meluahkan isi hatinya turut kesal kerana banyak kemudahan yang pernah dinikmati oleh penduduk ‘pulau percutian’ tersebut.
“tak adalah (kemudahan untuk rakyat) apa kerja mu jadi ketua pun……….apa yang mu buat untuk orang-muda…….. hok (yang) mu tahu….masuk ke mu…..masuk ke mu!
“tapi orang-orang lain mu dok fikir………..dulu budak sekolah mana ada kena tambang feri (tapi) budak sekolah pun sekarang ni (kena bayar) RM20,”jelas beliau

Ulasan