04 Januari 2015

Warga KT Hadir Untuk Merasai Kesusahan Rakyat Kelantan


IMG-20150103-WA0025KUALA TERENGGANU – Musibah tidak pernah di minta oleh sesiapa pun tapi apabila ia datang, akan membawa kemusnahan kepada alam dan manusia.
Oleh itu, sebagai insan yang terdidik dengan tarbiyah Islamiah, ahli dan penyokong PAS, sama sekali tidak akan berdiam diri.
Bertindak daripada kesan banjir besar di negeri Kelantan, PAS Kawasan Kuala Terengganu menghantar rombongan bagi membantu mangsa banjir di negri itu.


IMG-20150103-WA0109Konvoi tersebut bergerak dengan kekuatan 30 pacuan empat roda, tiga buah lori yang berisi makanan dan pakaian serta 300 sukarelawan.
“kita terpanggil untuk sama-sama membantu mangsa banjir yang mengalami kesukaran…….mudah- mudahan sumbangan kita meringankan sedikit beban mereka,”kata Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu Ustaz wan Sukairi Wan Abdullah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada peserta rombongan terbabit sewaktu berhenti rehat di Jerteh.
Turut serta adalah ADUN Wakaf Menpelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan ADUN Ladang Dato Tengku Hassan Tengku Omar.
Haji Wahid dalam ucapan ringkasnya sebaik tiba di Tanah Merah menekankan, konvoi bantuan tersebut digerakkan kerana persaudaraan, merasa kesusahan yang dialami oleh warga Kelantan.
“kita berkonvoi dalam misi banjir inikerana kita sedar dan insaf bahawa saudara-saudara kita di negeri ini, khususnya di Tanah Merah ini berada dalam kesusahan,
“kehidupan harian mereka terjejas teruk,”jelasnya
Menurutnya, bersama Misi bantuan Banjir Kuala Terengganuitu adalah rakyat Terengganu khususnya warga Kuala Terengganu, yang bukan hanya memberikan sumbangan malah menghadirkan diri mereka bagi merasai sama apa yang dialami oleh rakyat Kelantan.

Tiada ulasan:

Laman BO Masih Dalam Penyelenggaraan

KUALA TERENGGANU - Laman sesawang rasmi PAS Terengganu www.buletinonline.net (BO) masih dalam penyelenggaraan ekoran masalah teknikal y...