23 November 2014

Belanjawan Besar Terengganu Tidak Menyelesaikan Masalah Rakyat

DSC_0523MARANG – Hujan lebat dan banjir yang melanda memberikan impak yang besar kepada Parlimen Kuala Nerus dan Marang, selain kawasan Setiu juga turut terkena tempiasnya.
Ekoran bencana itu, tanah dan jalan runtuh serta rosak mengakibatkan kesukaran dan mengundang bahaya kepada penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebab utama musibah tersebut berlaku adalah pembangunan yang tidak tersusun, terutamanya berkaitan saliran dan perparitan.


“Beberapa tahun yang lepas, saya sendiri telah menyuarakan hal berkaitan ini kepada Exco Inftrastruktur Negeri ketika itu, YB Yahaya Khatib bahawa, kajian khusus perlu dibuat di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir.
“Antara risiko yang akan dihadapi apabila saliran perparitan tidak teratur iaitu jalan runtuh. Selain itu, kawasan yang rendah akan mudah dinaiki air, mengakibatkan banjir kilat,”ujarnya.
Screenshot (426)Sebagai contoh, kata beliau, apa yang berlaku di kawasan Perumahan PAKR Bukit Payung, dimana penduduk mengalami mimpi ngeri kemungkinan dilanda banjir bila-bila masa sekiranya hujan lebat yang berterusan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas operasi bersih pasca banjir besar-besaran, bersama Pemuda, Unit Amal dan PASAK di Taman Perumahan itu, pada Jumaat 21 November.
Tambahan lagi, katanya, sistem pengaliran air keluar bagi projek lebuhraya berhampiran tidak sesuai dengan kadar hujan yang turun.
Sepatutnya, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu berkata, kerajaan negeri yang mempunyai peruntukan belanjawan besar RM2.2 bilion setiap tahun berfikir bagaimana mahu mengatasi masalah yang dihadapi rakyat.
“Saya juga terkilan kerana hari ini saya mendapat maklumat menteri turun. Tapi mengapa hanya turun di pusat pemindahan?
“Sepatutnya menteri kena turun ke rumah-rumah mangsa banjir ini menyampaikan terus bantuan dan memberi peruntukan segera untuk mengatasi masalah banjir di masa akan datang.
“Hari ini cuaca cerah dan air makin surut. Namun, kita tidak dapat merasa aman daripada ancaman banjir, sekiranya tiada tindakan segera untuk mengatasi masalah ini,”ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...