22 Februari 2015

Bukit Besi; Laporan Tidak Betul Dibuat Bagi Memudahkan ‘Penarahan’ Balak


balakbukit besi2DUNGUN – Aktiviti pembalakan besar-besaran yang didakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu untuk kawasan perlombongan bijih besi disifatkan sebagai ‘rakus’ dan ‘tidak peduli’ impak buruk yang akan mendatang.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Isu Lombong Bukit Besi Naraza Muda berkata, tindakan ‘membaham’ hasil rakyat itu dilakukan segelintir pemimpin Umno yang berselindung di sebalik ‘wajah kerajaan’.


Naraza muda“tanpa ada rasa bersalah terhadap khazanah alam, tiada peduli akan kesan besar bakal mengudang terhadap puluhan ribu penduduk kampung tradisi sekitar Bandar Bukit Besi.
“Walaupun hakikat sejarah Bandar Bukit Besi memang pernah melakar sejarah penting industri biji besi di peta dunia, ia bukan lesen menghalalkan penggondolan besar-besaran berlaku tanpa mengikut garis panduan,
“(ia) sengaja mencari jalan agar proses membaham hasil perut bumi berjaya tanpa banyak halangan,”ujarnya.
Beliau mendakwa, laporan yang tidak betul berkait kawasan pembalakan tersebut dihantar kepada Kementerian Alam Sekitar bagi tujuan memudahkan penarahan.
“sebagai contohnya, pihak kerajaan negeri telah dan dengan terang menghantar pelan kelulusan melombong dengan keluasan yang membolehkan pemegang lesen melombong terlepas dari penyediaan laporan kesan alam sekitar E.I.A,
“yang mewajibkan setiap pembangunan sesuatu kawasan selebihi 500 ekar wajib menyediakan laporan E.I.A,”jelasnya.
balak bukit besiIa terbukti kata beliau, dengan jawapan kementerian terbabit terhadap pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad dalam sidang Dewan Rakyat yang lalu.
“Ibarat menipu diri sendiri dengan kerajaan menyediakan laporan keluasan kurang dari 500 ekar diluluskan,”tambahnya
Sebaliknya, kata beliau, jika dirujuk kepada intipati jawapan Menteri Besar Terengganu berkait isu Lombong Bukit Besi pada 19 Jun 2013, kawasan tersebut diserahkan di bawah Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.
Katanya, Menteri Besar telah berkata, 1800 ekar diagih kepada 3 lot dan setiap satu mempunyai keluasan 600 ekar dalam kawasan yang dikenali sebagai ‘Dengar Bangun’.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...