25 Februari 2015

Hanya Dengan Hukum Hudud Dapat Menjatuhkan Umno/ BN


Dr Bala 2KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Humpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK menyatakan, walaupun seseorang itu berhak untuk memberi pendapat, tetapi tidak sewajarnya membuat ugutan terutamanya dalam Pakatan Rakyat.
Beliau menyifatkan, pendekatan ‘ugut’ sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pucong Gobind Singh Dio, adalah amalan yang sering digunakan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN).


Dr Bala 1“kita tak boleh menggunakan pendekatan memberi (membuat) ugutan………… Itu amalam dalam Umno dan Barisan Nasional,”jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, adalah wajib bagi PAS sebagai sebuah parti Islam melaksanakan Undang-undang Syariah Islam, kerana ia adalah perintah ‘suci’ dari Allah yang menjadi suatu tanggungjawab.
“Bukan kerana ia (Hudud san Qisas) akta (undang-undang) parlimen, atau akta yang dikeluarkan oleh manusia……… (tetapi) hudud ialah satu hukuman yang dibawa atau yang diberikan oleh Allah SWT.
“Kita tidak berhak untuk mencabarnya………..wajib untuk PAS melaksanakanya, kerana ia kemahuan agama,”jelasnya ketika memberi pendapat tentang ‘kata dua’ Ketua Biro Undang-undang DAP itu.
Dr Bala 3Menurutnya, perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah tidak menjadikan orang-orang Islam sebagai penjenayah, kerana ia bukan satu kesalahan.
Katanya, melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas adalah hak peribadi orang yang beragama Islam dan ia adalah satu perkara sensitif
Bahkan beliau yakin, dengan memperjuangkan Undang-undang Syariah dan melaksanakannya di negeri Kelantan akan menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya akan datang.
“Hudud bukan kanun satu jenayah, kalau melaksanakan hudud orang islam, orang bukan Islam menjadi penjenayah. (Ia) hak orang Islam, hak parti PAS adalah melaksanakan hudud. Itu kemahuan agama. Sebab kalau kita dah mula masuk campur dalam hal agama, ia sangat sensitif.
“Bagi saya, hukum hudud ialah hanya (satu) hukum yang dapat menjatuhkan Barisan Nasional. Kalau kita di (dalam) Pakatan (Rakyat), nak bekerjasama menjatuhkan Barisan Nasional (hanya) satu caranya, (melaksanakan) hudud sahaja,”jelasnya.
Katanya, Pakatan Rakyat Kita dah buat semuanya termasuk menganjurkan Bersih, mendakan demostrasi, berjuang menurut lunas undang-undang.
Oleh itu, katanya, wajar diberikan peluang bagi PAS untuk melaksanakan Undang-undang Syariah Islam.
Sekiranya ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang tidak mahu menyokong hkum Hudud, tegas beliau, ia hanya membazirkan masa dan tenaga untuk menjatuh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...