
Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, penganjuran program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) menandakan permulaan fasa kempen pilihan raya umum yang akan datang.
“kita tumpukan (penerangan dan pendedahan kita) dekat pilihan raya ( ke 14) dah, kita kira ini fasa yang disebut oleh YB Pesuruhjaya (YB Ustaz Satiful Bahri) fasa bila kita mulakan HARAP 3.1,
“ialah kita mulakan satu langkah untuk membuat ‘serangan’ terhadap Umno (BN) dan kita mulakan kerja-kerja pilihanraya…..In sha Allah,”ujarnya.
Seruan tersebut beliau tegaskan, ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Media yang di adakan di sebuah restoran dekat sini, Selasa malam, 10 Februari.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga media yang berusaha keras ‘siang dan malam’ mendapatkan dan menyebarkan maklumat tentang penyelewengan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
ADUN Bukit Payong itu bekata, bukan mudah untuk mendapat maklumat dan fakta kebenaran, walaupun umumnya mengetahui adanya kepincangan dalam pentadbiran kerajaan.
“(saya) ucap terima kasih (kepada warga media) siang dan malam…..ambil maklumat siang…..malam masukkan (dalam media) bukan senang nak dapat meaklumat ni……kadang-kadang kita susahnak dapat maklumat,
“kita tanya pegawai-pegawai (dan orang ramai)…….pegawai-pegawai pun takut nak beri maklumat kepada kita…..susah (nak dapat) maklumat yang terperinci, walaupun mereka menerima hakikat adanya penyelewengan (yang dilakukakan),”jelasnya.

Majlis anjuran Unit Media Lujnah Penerangan dan Hubungan Media dengan kerjasama NGO Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu mendapat sambutan diluar kangkaan apabila kehadiran melebihi sasaran.
Dua orang aktivis media Zul Shawaluddin Jusoh dan Norhidayah Ali telah diberikan penghargaan khas ‘Bintang KAMI’ pada majlis tersebut, selain pelancaran buku terbaru terbitan KAMI yang ditulis oleh Pengerusinya, Dr Azman Ibrahim.
Ulasan