
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah menyelar gerakan komplot pemimpin terbabit, sebagai ‘kerja karut’ yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti Islam.
Beliau mempersoalkan, ke arah mana sebenarnya individu ‘pemimpin’ tersebut mahu membawa PAS, dengan menjatuhkan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Fadli Ibrahim yang mendedahkan mengenai lima individu yang didakwa terlibat dengan strategi untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
Katanya, tindakan cuba menjatuhkan sesama pemimpin adalah sikap yang terburu-buru, tidak bertanggungjawab dan ghairah mengharapkan kemuliaan dengan cara tidak sepatutnya.
Ustaz Kamaruzaman turut menjelaskan bahawa sikap gopoh-gapah atau disebut ‘isti’jal’ dalam bahasa Arab adalah sikap yang merugikan diri sendiri dan orang lain.
Sebaliknya, jelas beliau, Ustaz Abdul Hadi telah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli-ahli dan tidak menginginkan jawatan.
Bahkan, menurutnya, Ustaz Hadi pernah menyuarakan bahawa beliau tidak kisah menjadi nelayan apabila bersara kelak.
“(Beliau berada dalam PAS) oleh sebab khidmat beliau masih diperlukan parti. Sampai masa akan ada masa orang lain pula. Tiada masalah. Ini (komplot) adalah kerja-kerja karut,” katanya.
Ulasan