
Ketua Penerangan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, mereka wajar diberi hak milik kekal setelah mendudukinya selama tempoh lebih daripada 30 tahun.

“tiga perkara utama mesti diselesaikan oleh kerajaan iaitu perkara utama yang telah saya bangkitkan dalam (Sidang) Dewan (Undangan Negeri) tempohari berkaitan geran hak milik kepada semua penghuni.
“Geran ini penting sebab sudah lebih 30 tahun mereka tinggal di sini,
“Keduanya ialah pampasan yang setimpal kepada penghuni yang telah mengubah suai rumah mereka yang diarahkan berpindah ke kediaman baru, mereka telah banyak berhabis wang dan tenaga,”ujarnya ketika ditemui selepas membuat tinjauan ke pekampungan bagi warga ‘cacat penglihatan’ itu.
ADUN Bukit Payong itu turut menyarankan agar kerajaan memberi pertimbangan kepada ‘warga istimewa itu’ membuat pilihan untuk kekal dirumah lama walaupun kerajaan sedang membina rumah baru kepada mereka.

Sehubungan itu, tinjauan yang dibuat mendapati, rata-rata penghuni sangat teruja dan mahukan geran hakmilik bagi tanah yang mereka diami selama ini.
Seorang penduduk Mokhtar Jusoh, 45, berkata, beliau tidak mendapat penjelasan yang tepat dari kerajaan berkenaan perancangan kerajaan atas rumah baru dan lama yang ada di situ
Katanya, ia adalah kerana tidak ada program penerangan secara khusus oleh kerajaan berhubung perkara tersebut.
Walaupun sedia berpindah ke rumah baru jika diarahkan, tetapi beliau benar-benar berharap agar diberikan geran hak milik tanah.
“Rumah tu (lama) pun dah senget dah, jadi tak apalah saya pindah rumah baru pun.
“Tapi saya musykilkan, kalau balik semua budak-budak (anak-anak) saya tu, saya rasa memang tak muat juga (rumah baru).
“Tapi tak apalah, asalkan jadi hak milik saja, kita boleh buatlah (pembesaran),” kata beliau.

Katanya, beliau yang telah membelanjakan wang yang banyak bagi membesarkan rumahnya kerana mempunyai keluarga yang agak besar,
Rumahnya kini mempunyai lima bilik, lebih selesa berbanding rumah tiga bilik yang baru dibina oleh kerajaan.
Oleh itu, beliau berharap agar kerajaan membayar pampasan kepada beliau sekiranya tetap diarahkan berpindah.
Selain itu, beliau turut merayu agar kerajaan memberikan hak milik tanah kepadanya.
“Yang ada rumah besar-besar gini, ada lima enam buah lagi di sini………..saya memang tak kecil hatilah kalau orang tak bagi rumah barupun kalau macam tu gayanya (merujuk kepada saiz rumah baru),
“Sebab barang saya banyak, anak saya ramai, nak tidur mana?,” soal beliau.
Ulasan