12 Februari 2015

Penjawat Awan Didakwa dan Dihukum; Memalukan Pentadbiran Kerajaan Terengganu


kakitangan pej tanah besutKUALA TERENGGANU – Dua bekas kakitangan Pejabat Tanah dijatuhi hukuman denda RM10,000 setiap seorang oleh mahkamah sesyen di sini dan Seorang pembantu tadbir Pejabat Daerah mengaku salah di mahkamah sesyen Dungun.
Kakitangan Pejabat Tanah Besut itu, Tuan Faizul Azli Tuan Man, 29 dan Tuan Saifuladli Tuan Mansor, 30, yang mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan kerana menipu, turut berdepan hukuman penjara 12 bulan jika gagal menjelaskan denda.


Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa menjalankan niat bersama dengan curangnya menipu Ismail Mat Noor, 46, sehingga menyebabkannya menyerahkan wang tunai RM2,000 yang dikatakan sebagai bayaran kompaun kerana melanggar syarat pengalihan.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Sungai Dua, Felcra Keruak, Kampung Keruak, Hulu Besut, Besut, jam 2 petang, 22 Jun 2012.
Selain itu, mereka didakwa mengulangi kesalahan sama di hadapan CIMB Bank cawangan Jertih, Besut, jam 10.30 pagi, 24 Jun 2012.
Bagi setiap kesalahan itu, Murtazadi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda setiap seorang.
Hakim Murtazadi Amran dalam penghakimannya berkata, perbuatan dilakukan dua tertuduh adalah serius dan berat terutama apabila membabitkan penjawat awam.
“Kesalahan seumpama ini diibaratkan seperti penyakit kanser dan boleh mencemarkan serta menjatuhkan maruah penjawat awam.
Kakitangan pej daerah dungn“Hukuman ini diharapkan dapat memberi keinsafan dan pengajaran bukan hanya kepada tertuduh tetapi sebagai amaran kepada bakal pesalah di luar sana selain memberi keadilan kepada mangsa sendiri,” katanya dipetik Sinar Harian.
Manakala pembantu tadbir Pejabat Daerah Dungun Mazita Ngah mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas dua pertuduhan memalsukan dokumen resit pelbagai hasil tanah kerajaan negeri Terengganu.
Mazita Ngah, 50, dari Jalan Nibong Stesen, Dungun, mengaku salah memalsukan dokumen berjumlah keseluruhan RM4,680 dengan niat hendak melakukan penipuan bahawa Nurul Fatin Fatinah Zulkipli, 25, telah membuat pembayaran bagi Notis Genap Masa Hasil Tanah Dibayar bagi No Lot PT1295 melalui Borang 5A Kanun Tanah Negara.
Bagi pertuduhan pertama, dia mengaku salah melakukan pemalsuan dokumen bernombor rujukan PTD/11/17/2011/A056 atas nama Nurul Fatin Fatinah yang berjumlah RM4,550 di Pejabat Daerah Dungun, di antara jam 1 hingga 2 petang, 22 November 2011.
Mazita juga mengaku salah bagi pertuduhan kedua iaitu mengulangi kesalahan sama pada hari sama di lokasi dan waktu yang sama membabitkan jumlah RM230.
Mazita didakwa mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Bagaimanapun, Murtazadi menetapkan 24 Februari depan sebagai tarikh jatuh hukum.
Beliau turut membenarkan Mazita diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin selepas mempertimbangkan rayuannya yang mendakwa suaminya tidak bekerja dan memberi alasan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Pada masa sama, Murtazadi mengarahkan agar Mazita menyerahkan dokumen perjalanan kepada pihak mahkamah.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018