04 Februari 2015

Program Ameerah Tingkat Keberadaan dan Kebersamaan Anak-anak Ahli PAS

IMG-20150203-WA0077
DUNGUN – Sebagai sebuah gerakan dakwah dan siasah, PAS menekankan Tarbiyah Islamiah kepada ahli-ahli dan penyokongnya, kerana dasar dan perjuangan parti itu adalah Islam.
Tumpuan PAS bukan hanya kepada anggotanya sahaja, malahan juga kepada anak-anak mereka, bagi memastikan kesinambungan perjuangan yang dibawa oleh para anbiya.


IMG-20150203-WA0076Justeru itu, Ameerah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang telah mengadakan program ‘Ameerah Like Anak Ahli PAS’, yang merupakan program kali kedua seumpamanya dilaksanakan.
Menurut Pengarah Program, Puan Norhayati Abdul Manan, objektif utama adalah untuk mengumpulkan dan meningkatkan gerak kerja disamping mewujudkan rasa keberadaan dan kebersamaaan.
“program ini adalah penting untuk mengumpulkan maklumat bagi meningkatkan gerak kerja akan datang di samping menjalinkan hubungan mesra dengan mereka supaya wujud rasa kebersamaan,
“dengan anak-anak ahli PAS antara satu sama lain, sebagai sebuah keluarga besar dan menanamkan perasaan bangga menjadi anak-anak ahli PAS,”ujarnya ketika ketika ditemui pada program tersebut di Teluk Gadung dekat sini, Jumaat 30 Januari.
IMG-20150203-WA0075
Turut hadir sebagai memeriahkan program tersebut ialah Puan Serena Lim Abdullah, ketua muslimat DUN Rantau Abang dan isteri ADUN Rantau Abang, Puan Hajjah Rugayah bt Mahmud.
Seramai 43 orang peserta anak-anak muda muslimah, telah diberikan kefahaman tentang Islam dan perjuangan serta tanggungjawab mereka selaku anak-anak kepada anggota PAS.
Selain latihan mental, aktiviti riadah fizikal dalam ‘sukaneka’ diadakan bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesiapsiagaan jasmani, agar memudahkan mereka menyambung tugas untuk melaksanakan amanah ‘beribadah’ kepada Allah SWT.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...