01 Februari 2015

Riadah Tautkan Ukhuwah


bola sepak pantai1KUALA TERENGGANU – Program Himpunan Harapan Rakyat (HARAP) 3.1 anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di sini berakhir pada Sabtu 31 Januari.
Program yang berlangsung bermula sejak Khamis 29Januari itu telah diisi dengan pelbagai acara yang menarik minat pengunjung yang hadir.
Bertempat di tepi pantai Telaga Daing, Seberang Takir, berhampiran tapak HARAP 3.1 acara pertandingan bola sepak pantai telah diadakan, dibawah selian Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah disertai oleh pasukan pemuda daripada 8 kawasan.


bola sepak pantaiLebih menarik, kejohanan itu diserikan dengan perlawanan persahabatan antara BPPNT menentang DPPNT. Antara yang membarisi BPPNT adalah YB Ustaz Ariffin Deraman dan Ustaz Wan Azhar Wan Abdullah.
Manakala DPPNT dibarisi oleh Ketua Pemudanya Ustaz Kamarulzaman Abdullah dan timbalannya YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim.
Kejohanan yang menawarkan wang tunai dan hamper berjumlah RM 500.00 telah dimenangi oleh pasukan daripada pemuda kawasan Kuala Nerus yang juga tuan rumah program HARAP 3.1.
“Bagi pihak pemuna negeri, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pemuda yang bersama-sama menjayakan pertandingan bola sepak pantai pagi ini. Mohon maaf jika terdapat kekurangan dan permasalahan disepanjang acara ini berlangsung.
“Kepada pasukan yang menjadi johan saya ucapkan tahniah, yang kurang bernasib baik, insyaallah pemuda negeri melalui DACS akan cuba menganjurkan acara sebegini bagi menarik dan merapatkan ukhuwan sesama kita,’kata Ustaz Kamaruzaman ketika dihubungi setelah acara tersebut berakhir.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...