17 Februari 2015

Tiada Langkah ‘Pro-aktif’ Atasi Banjir


SAM_2175KEMAMAN – Kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) Terengganu disifatkan “pekak” kerana masih tidak mempedulikan teguran pembangkang bagi mengatasi masalah rakyat di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat melahirkan rasa kebimbangan itu jika banjir besar boleh berulang kembali di daerah Kemaman pada musim tengkujuh tahun ini.


SAM_2165Katanya dua tahun berturut-turut banjir besar melanda daerah tersebut namun langkah mengatasinya tidak dilaksanakan dengan pro-aktif.
“Saya doa kamu (masyarakat tionghua) semua sihat, perniagaan maju, hidup baik dan dapat sambut tahun baru ini dengan gembira. Gong Xi Fat Cai…tetapi saya rasa sangat sedih dengan kejadian banjir dua bulan lalu.
“Banjir berlaku pada bulan Disember tahun lalu dan tahun ini, kemungkinan banjir boleh berlaku lagi. Musim tengkujuh bulan Disember tahun 2013 dan 2014 teruk melanda daerah (Kemaman) ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baru Cina 2015, di Jalan Jakar, Hadapan SJK (C) Chukai, Kemaman pada Sabtu 15 Februari.
Hadir sama pada majlis itu, Adun Teruntum, Sim Chon Siang, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Jefri Chua dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
SAM_2128
Hanafiah mendakwa telah berulang kali isu banjir dan puncanya dibawa kepada pihak kerajaan negeri untuk tindakan termasuk dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Namun, kata beliau, tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi masalah aliran sungai yang cetek dan perlu diperdalamkan.
“Saya sudah beritahu kerajaan negeri bahawa Sungai Kemaman sudah cetek dan perlu dikorek semula supaya menjadi dalam. Tetapi, pihak berkuasa buat tidak peduli lagi hingga hari ini.
“Kerajaan ‘pekak’ dan tidak mahu dengar pandangan dan nasihat kita (PAS). Apa salahnya, kerajaan keluarkan peruntukan untuk projek mendalamkan sungai dari Kampung Bukit Mentok hingga ke muara kuala, supaya aliran air dari hulu cepat mengalir dan tidak tersekat dengan benting pasir,” jelasnya dihadapan hampir 400 masyarakat Tionghua.
Hanafiah yang juga Ketua Penerangan PAS Kemaman turut menyifatkan kedua-dua pemimpin Umno-BN itu, Dato’ Seri Ahmad Said dan Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman sama perangainya.
Katanya, mantan MB Terengganu dan Menteri Besar sekarang ini tidak mempedulikan masalah rakyat menjadi keutamaan.
“Bekas Menteri Besar (Ahmad Said) yang lalu, juga tidak mempedulikan masalah rakyat. Bahkan, lebih mengutamakan pembinaan Mini Zoo di Bukit Takal, Kemaman. Puluhan juta setiap tahun diperuntukkan untuk pengurusan di Mini Zoo itu.
“Kedua-dua pemimpin (MB) itu sama tidak mempedulikan kesusahan rakyat yang menghadapi bencana banjir setiap tahun,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...