
Segala persiapan rapi pihak tuan rumah begitu baik dan mendapat pujian pengunjung yang hadir.
Satu aspek penting yang amat diambil berat oleh penganjur adalah keselamatan.

Mula ditubuhkan pada September 2009 dan dirasmikan sendiri oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mula diberi kepercayaan untuk terlibat secara serius di dalam setiap program parti.
Briged Muslimat (BM) merupakan badan beruniform yang ditubuhkan di bawah Dewan Muslimat PAS yang merupakan sayap wanita muda di dalam PAS, yang fokus kepada keselamatan dan keamanan.

Menurut ketuanya, Ida Haryati Aliff, program ijtima’ ini begitu menguji ketahanan fizikal dan mental mereka.
“Sebagai tuan rumah program antarabangsa ini, sudah tentu kami amat memerlukan petugas yang ramai lagi komited. Alhamdulillah, kita akhirnya dapat mengumpulkan lebih 80 orang petugas Briged Muslimat dari seluruh Terengganu yang begitu bersemangat untuk menabur bakti.
“Ada antara petugas kami yang masih baru mengenali Briged, tetapi mereka bersedia dan cepat belajar bidang tugas Briged ini”, ujar beliau.

Pada masa yang sama, seramai 37 orang Briged terlibat di dalam Perbarisan Hormat Ijtima’ ini yang diketuai oleh prade komandan iaitu Tuan Nurul Fatihah Tuan Haris.
“Kawad merupakan salah satu aktiviti wajib kami. Dari kawad ini juga lah para ahli dapat dilatih dengan disiplin dan fokus”.
“Sebagai keselamatan, imej muslimah wajib diterapkan di dalam gerakerja kami. Dari segi penampilan, akhlak dan muamalat. Kami sedar kerana kami juga menggalas amanah sebagai duta parti Islam”, ujar beliau.
Haryati juga di akhir ucapannya mengharapkan agar pasukan Briged ini lebih mantap dan dapat melahirkan pasukan yang kuat menjadi kebanggan Islam dan jemaah.
Ulasan