27 Mac 2015

Corat-coret Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3



IMG_7692 (2)KUALA TERENGGANU – Walaupun telah seminggu Ijtimak Antarabangsaz Perpaduan Ummah Kali Ke-3 berlalu, namun pelbagai coretan tentang himpunan tersebut masih terpahat dalam ingatan.
Suasana dan sambutan Ijtimak pada minggu lalu itu, mengingatkan kembali penduduk kampung Rusila tentang himpunan serupa yang diadakan pada pertama pada tahun 1988 dan yang kedua pada tahun 1993.


IMG_5185 (2)Salah seorang warga Kampung Rusila Haji Zakaria Bin Abd Rahman, 67, berkata, Ijtimak Kali ke-3 sudah jauh berbeza berbanding dua Ijtimak sebelumnya.
“dahulu tidak banyak tempat penginapan, jadi penduduk disini kena ambik pengunjung (Ijtimak) jadi anak angkat. Sambutan pada ketika itu amat memberansangkan dan diterima ramai,”ujarnya ketika ditemui.
IMG_5186 (2)Menurutnya, tidak banyak aktiviti yang dilaksanakan sempena Ijtimak terdaulu, berbanding dengan Ijtimak yang berakhir pada Sabtu lalu.
Kalau dulu tumpuan hanya kepada aktiviti mendengar ucapan dan pidato daripada pemimpin luar dan dalam negeri, tetapi Ijtimak kali ini ‘diwarnai’ dengan pelbagai program.
Menurut Pengurus Acara Zul Shawaluddin Jusoh, selain dari ucapan para pemimpin, Ijtimak kali ini turut mengadakan aktiviti bagi pemuda dan muslimat.
40 tahun Pengalaman Menganyam
Antara yang menarik bagi muslimat adalah pada Ijtimak Kali Ke-3 adalah Pertandingan Gubahan Kreatif, Pertandingan Anyaman Antarabngsa dan Pertandingan Hiasan Kek Antarabangsa.
DSC_0959 (2)Bagi Pertandingn Hiasan Kek, sebanyak sembilan kumpulan telah menyertainya dari seluruh daerah dalam negeri Terengganu dan satu dari negeri gabungan muslimat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana tema Ijtimak pada kali ini adalah Palestin, ia menjadi tema yang disukai oleh ara peserta dalam pertandingan itu.
Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh peserta dari daerah kawasan Dungun manakala Kuala Nerus muncul sebagai Naib Johan.
Bagi Pertandingn Anyaman dari lapan peserta yang menyertainya, Puan Ramlah Ismail telah dipilih memenangi tempat pertama.
Ia diikuti oleh pula di menangi oleh Puan Fatimah Mat Zain ditempat kedua, sementara Puan Aminah Ali pemenang tempat ketiga.
DSC_0876 (2)Salah seorang peserta, Puan Munah Ayub dari Kuala Terengganu merasa bangga kerana dapat menyertai pertandingan ayaman itu,
Beliau yang mnghasilkan anyaman beg duit wanita telah mula mengayam sejak usia kanak-kanak lagi.
Dengan pengalaman menganyam yang luas itu selama lebih 40 tahun, Puan Munah dapat mennyiapkan hasil karyanya dalam mas kurang dari setengah jam.
“Dulu saya pernah menerima tempahan berupa kotak pensil, bekas telor, beg sandang dan lain-lain, (tapi) sekarang dah kurang tempahan………. tidak ada lagi,
“jadi sekarang saya mencari rezeki dengan mengambil upah menggoreng ikan celup tepung,”ujarnya yang memiliki pengalaman menganyam selama lebih 40 tahun.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...