16 Mac 2015

Elak Hiburan, Bahan Celaru Fikrah dan Akidah


IMG-20150316-WA0004 (2)KUALA TERENGGANU – Umat Islam wajib memelihara fikrah dan akidah dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan hina ketika menggunakan ‘alam maya’ yang tanpa sempadan.
Naib Pengerusi Lujnah Komunikasi dan Teknologi Maklumat PAS Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin berkata, langkah itu penting bagi individu muslim untuk menjadi teladan buat masyarakat sekeliling.


IMG-20150315-WA0074 (2)
“Menjadi kewajipan setiap individu muslim agar bijak memilih hiburan dan bahan bacaan sama ada dari media cetak atau media elektronik,
“rentetan dengan dunia tanpa sempadan yang penuh fitnah dan unsur yang merosakkan sekarang” katanya.
Dalam pada yang sama, beliau berkata, wajib bagi umat Islam mengawal dan mengelakkan diri kita daripada terlibat dengan perbuataan menghina dan berdusta.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam forum Wacana Kesenian Islam yang berlangsung di sini, pada Sabtu 14 Mac.
IMG-20150316-WA0001 (2)Turut menjadi ahli panel bagi forum itu ialah Ahli Majlis Syura PAS, Dr Wahibah Tahir dan Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.
Sehubungan itu, Ustaz Kamaruzzaman memberi tips hiburan dan aktiviti keseniaan yang dianjurkan Islam yang antaranya hendaklah dijauhkan daripada beberapa unsur seperti tidak membawa mudharat, tidak membawa kepada permusuhan, tiada unsur judi, tidak menyebabkan terabainya tanggungjawab dan kewajipan kita serta tiada pergaulan bebas.
Beliau turut menambah, masyarakat Islam perlu bijak memilih hiburan dengan merujuk kepada beberapa panduan iaitu melihat kepada latarbelakang penyanyi tersebut, perwatakan pendengar, kandungan lirik, dan alat muzik yang digunakan hendaklah yang diiktiraf oleh Islam.
Manakala Dr Wahibah pula menekankan kepentingan masyarakat Islam agar berhibur dan memilih jenis hiburan mengikut sunnah.
“Hiburan dan keseniaan yang digariskan Islam ialah mesti mempunyai asas-asas akidah dan akhlak dan tiada unsur-unsur jahiliah.
“setiap muslim harus menjauhi daripada perbuatan Hedonisme iaitu kehidupan yang hanya mahu berseronok dan berhibur tanpa batas,”ujarnya.
IMG-20150316-WA0006 (2)Tambah beliau lagi, isu yang melibatkan kumpulan K-Pop dari Korea yang berlaku baru-baru ini merupakan peringatan dari Allah.
Katanya, telah sekian lama fenomena dan hiburan yang tidak berunsurkan Islam merebak dan membarah di dalam rumahtangga muslim dan masyarakat muslim.
Oleh itu, beliau berkata, setiap daripada kita terutama kaum ibu perlu mengambil tanggungjawab dengan memastikan keluarga masing-masing tidak terlibat dengan hiburan melampau bagi mengelakkan dari rosaknya tiang-tiang sendi ummah.
Program yang julung-julung kali dianjurkan oleh Lujnah Dakwah dan Kesenian Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu tersebut dimulakan dengan pembentangan bertajuk “Indahnya Kesenian Islam” oleh Dr Asiah Ali.
Program wacana itu juga turut diserikan oleh persembahan qasidah oleh pelajar Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah (MTIDH) dan nasyid oleh Ameerah kawasan.
Seramai 200 orang peserta dikalangan wanita terdiri dari pelbagai peringkat usia dari seluruh negeri Terengganu menghadiri program tersebut.

Tiada ulasan: