07 Mac 2015

Hari Sabtu Masih ‘Hari Sampah’?

20150307_083526 (2)
KUALA TERENGGANU – “Kita tengok dulu saya belum dapat lagi apa punca isu itu, kalau kita dah dapat apa punca dia maka kita akan ambil tindakan kalau masalah tersebut dari pegawai, pegawai kita akan ambil tindakan kalau kontraktor, kontraktor kita tamatkan.



20150307_083616 (2)“ Maka kita tidak akan kompromi. Tindakan tegas akan diambil. Sebelum diambil tindakan saya akan dapatkan laporan dahulu untuk dapatkan punca sebenar permasalahan supaya perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang,” kata Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman pada 4 Ogos tahun lalu.
Selang beberapa hari selepas itu, Razif menyenaraikan objektif utama dalam pemikiran ‘ Transformasi Terengganu’ iaitu persoalan tentang Integriti.
Namun hasrat ‘bersih luaran dan dalaman’ sebagaimana digagaskannya dalam ucapan sempena 100 hari perlantikan beliau sebagai Menteri Besar, masih gagal dilaksanakan.
20150307_083000 (2)
Menjelang setahun Razif menjadi MB sejak 12 Mei 2014, hari Sabtu masih merupakan ‘hari sampah’ negeri Terengganu khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Suasana hari cuti seluruh rakyat Terengganu, yang mahu melihat kesegaran pada pagi hujung minggu itu dicemari dengan pemandangan tong-tong di tepi-tepi jalan, yang dipenuhi dengan sampah sarap.
Tinjauan yang dibuat pagi ini mendapati MBKT masih gagal menjadikan hari Jumaat, penghulu hari pada setiap minggu, adalah hari yang bersih.
Hujung minggu terutamanya hari Sabtu juga, adalah hari kunjungan tetamu dari luar negeri Terengganu, yang datang samada untuk melawat atau membeli belah.
Walaupun Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan peruntukan RM24 juta untuk kebersihan bandar raya pada tahun ini, iaitu peningkatan sekali ganda berbanding RM12 juta tahun lepas, tetapi setelah 3 bulan berlalu, ia keadaan kebersihan masih belum berubah.
20150307_082518 (2)Menurut Datuk Bandar MBKT Mohd Kamil Othman, peningkatan itu selaras dengan kos pengurusan bagi menambah jentera dan kakitangan MBKT dalam melancarkan kerja-kerja kebersihan dan keindahan di seluruh bandar raya tersebut.
Namun pemerhatian yang dibuat, tidak ada penambahan ketara kepada kakitangan untuk menjaga kebersihan, tetapi peningkatan hanya kepada pegawai penguatkuasa bagi ‘menyaman orang’ kerana kesalahan ‘parkir’.
Pemandangan ‘kotor’ yang dilihat pada pagi Sabtu adalah pemandangan luaran yang boleh dilihat dengan jelas oleh sesiapa sahaja yang lalu lalang, yang menjadi pengguna jalan-jalan raya.
Itu tidak termasuk, longkang-longkang yang kotor, saliran yang tersumbat, tercemar dan busuk. Yang berada di bahagian-bahagian tersorok, tidak Nampak oleh pandangan umum, yang perlu diambil tindakan oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018