17 Mac 2015

Ijtimak Angkat Martabat Terengganu Ke Persada Antarabangsa


20150314_165053 (2)KUALA TERENGGANU – Perbincangan mengenai topik sejagat tentang isu-isu penindasan dan serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin dalam Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3 akan memertabatkan negeri Terengganu di peringkat antarabangsa.
Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, rakyat Malaysia harus berbangga dengan himpunan wakil-wakil dari lebih 40 buah negara yang dianjurkan oleh Sekretariat Pejabat Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia.


IMG-20150313-WA0065“Kita sebagai rakyat Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya harus bersyukur kerana telah direstui oleh Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) kelolaan Dr Yusof al-Qardhawy untuk tampil sebagai tuan rumah.
“Perlantikan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Haji Awang sebagai Timbalan kepada al-Qardhawy pula menguatkan lagi tanda kepercayaan kepada kita rakyat Malaysia untuk menjadi agen penyatu umat Islam sedunia,”ujarnya dalam satu kenyataan.
Ijtimak yang bakal berlangsung pada Khamis ini juga, menurut beliau, akan menjadi ‘platform’ kekuatan kepada umat Islam di seluruh dunia menampung kelemahan Pertubuhan Persidangan Islam, OIC.
“para pencinta Islam seharusnya melihat program ini sebagai usaha mengumpulkan kekuatan umat Islam dari seluruh dunia melalui kepimpinan gerakan-gerakan Islam yang ada.
“Penganjur berharap ianya bakal menampung kelemahan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang dilihat tidak berfungsi untuk membela isu-isu melibatkan kepentingan umat Islam,”jelasnya.
Oleh itu, beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana Ijtimak menyeru semua pihak agar tampil dan hadir bagi memberikan sokongan kepada program bakal membawa makna yang amat besar buat masa depan dunia Islam.
“Bersempena dengan itu, jawatankuasa Ijtimak turut menjemput pelbagai pihak dalam negara yang melibatkan pihak berkuasa agama (samada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri), parti-parti politik, tokoh-tokoh agama dan juga pelbagai NGO Islam.
“Jemputan ini diharap akan menjadi platform berkesan bagi melaksanakan resolusi-resolusi yang dicapai pada akhir Ijtimak nanti,”tambah beliau.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018