06 Mac 2015

Ijtimak ; Muslimat Terengganu Ikrar Khidmat Terbaik

IMG-20150305-WA0012
MARANG – Muslimat PAS Terengganu yang terlibat dengan program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 diminta bersedia untuk mengalas amanah mengikut unit-unit yang telah diberi.
Ketua Muslimat negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh berharap, semua muslimat dapat memberi sumbangan tenaga yang terbaik dalam menyambut para peserta dari luar negara dan dalam negara.


“kita amat mengharapkan tenaga Muslimat dapat memberi sumbangan tenaga yang terbaik dalam menyambut delegasi dari luar negara dan dalam negara.
IMG-20150304-WA0104“kita mahu sambutan yang kita berikan adalah yang terbaik dan memuaskan hati semua pihak,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kerja kepada hampir 200 orang petugas muslimat, pada Rabu 4 Mac, di Dewan Banat, Madrasah Darul Qur’an, Rusila.
Turut hadir dalam program Pelancaran Gerak Kerja Muslimat itu adalah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Yahaya Ali dan Timbala Ketua Muslimat Puan Zaroni Osman.
IMG-20150305-WA0016Beliau berkata, aktiviti atau ‘slot’ khas bagi muslimat pada Ijtimak itu adalah persembahan pentas pada hari Jumaat 20 Mac.
“Slot muslimat pada petang jumaat iaitu persembahan pentas Waqudsa dimana objektif nya untuk melahirkan simpati, hiba, sedih dan kebersamaan kita di dalam setiap detik dlam kepayahan saudara-saudara kita di Palestin,
“selain acara nasyid dan pentomen serta ‘pidato 3 bahasa’ daripada Ameerah, muslimat boleh mendengar pidato khas dari wakil Palestin, wakil Partai PKS Indonesia dan penampilan khas Ibu Illiza Sa’addudin Jamal, Walikota (Datuk Bandar) Banda Aceh serta Ketua Muslimat Pusat YB Zailah Mohd Yusof,”jelasnya.
Menurutnya, Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke 3 yang akan berlangsung pada 19 hingga 22hb Mac ini merupakan satu program antarabangsa yang mengundang kehadiran ulama dan wakil-wakil gerakan Islam seluruh dunia.
Katanya, sebelum ini, ia dikenali sebagai Ijtimak ‘ Alami yang pertama diadakan pada tahun 1988 dan keduanya pada tahun 1993.
Dengan jangkaan kehadiran seramai 200, 000 orang pengunjung, kata beliau, sudah pastinya Muslimat PAS Terengganu akan berhadapan cabaran dan dugaan, dalam memberikan khidmat yang terbaik.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...