
Ustaz Syafiq Mohamad, 25, dari Kampung Padang Leban, Bukit Payong, Marang, mengucapkan syukur, kerana ‘seni khat’ beliau mendapat tempat dihati para pengunjung.
“Alhamdulillah, anggaran orang yang menempah khat sekitar 350 hingga 400 orang………..yang paling ramai tempah ‘book mark’ (penanda buku),”ujarnya ketika ditemui, di gerai jualannya.

Beliau berkata, untuk ‘book mark’ saja, sudah 450 orang membelinya dan semua koleksi yang dihasilkan beliau ‘licin’ dijual sebelum berakhirnya Ijtimak.
“paling ramai tempeh ‘book mark’ sudah abis dijual…………..harga minima RM 4.00 sekeping, khat saiz A3, kalau khat ‘family tree’ (salsilah keluarga) berharga dari RM40 hingga RM60,”katanya.

“saya menimba ilmu seni khat di Yayasan Restu, masjid negeri Shah Alam Selangor, belajar dua setengah tahun disitu dengan perbelanjaan sebanyak RM27,000,
“saya sudah menceburkan diri selama 5 tahun dalam bidang seni khat ini,”ujarnya yang juga bertugas sebagai guru al-Quran di Institut al-Quran (IQ) negeri Terengganu.
Selain Syafiq, pemilik ‘Bro Kambing Bakar’mengakui, walaupun kali pertama berniaga dalam program besar melibatkan PAS, tetapi ia cukup berbaloi.
‘Tauke’nya Muhammad Muzaini Mustaffa berkata, sepanjang Ijtimak berlangsung, gerai beliau telah menjual sebanyak 40 kilogram daging kambing dan 30 kilogram ayam sehari.

Syarikatnya, Bro Event Management, restoran ‘kambing bakar’ juga beroperasi sepenuh masa di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
“kedai ada di Kuala Ibai………….buka setiap hari dari jam 4 petang sehingga jam 10 malam……..harga kambing ‘grill’ RM 10 dan ‘Chicken Chop’ saya jual RM 8.00,”tambahnya.
Ulasan