09 Mac 2015

Jalinan Ukhuwah Warga Bukit Besi Petanda ‘Tawan’ Darul Iman

IMG-20150309-WA0078
DUNGUN – Bertemakan Ukhuwah Warga Harmoni mengambil singkatan nama Ustaz Wan Hassan (UWH) ahli Parlimen Dungun, pihak Majlis Tindakan Dun Bukit Besi telah berjaya mengadakan program Hari Keluarga MTD Bukit Besi 2015 (HKMTDBB2015) dan Jamuan Rakyat pada 7 Mac 2015.
Muara sungai Kampung Kuala Jengal telah dipilih sebagai lokasi sambutan pada kali ini. Kedudukan yang berhampiran jalan utama telah berjaya menarik minat jawatan kuasa panatia program tersebut.


IMG-20150309-WA0079“Lokasi tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat panatia kali kedua setelah lawatan oleh beberapa AJK kami, ia memenuhi beberapa krateria yang telah ditetapkan termasuk sumber asas seperti paip air dan tenaga letrik,” ujar Naraza Muda, Pengarah program HKMTDBB2015.
Beliau menjelaskan antara objektif utama program ini dianjurkan adalah ingin merapatkan ukhuwah antara AJK cawangan-cawangan dalam Dun Bukit Besi. Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada seluruh jentera parti yang bertungkus lumus menaikan nama PAS sepanjang tahun lepas.
“Cuma yang membezakan sambutan hari keluarga kali ni berbanding yang lepas, kami menjemput seluruh penduduk dalam Dun Bukit Besi untuk bersama kami tanpa mengira faham politik,” tambah Naraza lagi.
IMG-20150309-WA0074Hampir 3,000 kehadiran pengunjung tercatat melalui kaunter pendaftaran peserta yang dibuka bermula jam 8 pagi. Lebih mengejutkan, pengunjung daripada selatan tanah air juga hadir meraikan program ini.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang juga Adun Paka telah merasmikan program tersebut sekitar jam 12 tengahari. Dalam ucapan tersebut, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak MTD Bukit Besi kerana berjaya mengadakan program sebegini besar.
Katanya, ia suatu petanda DUN Bukit Nesi akan bersama PAS Terengganu dalam usaha menawan Wisma Darul Iman.
“Ini adalah satu tanda kepada kita semua, Bukit Besi (MTD) boleh bersama dengan dun-dun lain dalam usaha kita menawan Wisma Darul Iman,”katanya ketika ditemui selepas upacara perasmian tersebut.
Bagi memudahkan para pengunjung, pihak panatia program telah menyediakan jamuan rakyat. 2 ekor kerbau telah disumbangkan oleh penduduk kampung telah menjadi menu utama para pengunjung.
Mengarah MTD Bukit Besi, Hj Ghazali Sulaiman ketika ditemui meluahkan rasa syukur dan tahniah kepada jawatan kuasa panatia program kerana berjaya mengadakan program ini.
“Ini adalah program berskala besar yang julung kali kita buat. Terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama jawatan kuasa panatia dan UPU Kuala Jengal sebagai tuan rumah pada kali ini.
“Dengan penglibatan hampir 200 tenaga kerja, ia memang bertepatan dengan motto program kali ini- Ukhuwah Warga Harmoni,’ jelas Hj Ghazali yang berpuas hati dengan kejayaan ini.
IMG-20150309-WA0081Penasihat program, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli ketika ditemui menyatakan kejayaan program kali ini adalah datang daripada usaha pada petugas MTD sendiri. Ustaz Wan Hassan telah hadir bermula seawal jam 9 pagi dan pulang disebelah petang setelah program selesai.
“Ini adalah kerja berpasukan yang penuh ikhlas telah diwajahkan oleh jawatankuasa MTD (Bukit Besi). Yang paling penting peringkat perancangan yang teratur dan keputusan diambil melalui mesyuarat menjadi nilai tambah kejayaan program hari keluarga kali ini,”kata Ustaz Wan Hassan.
Beliau telah menyampaikan hadiah sebuah peti sejuk bagi pemenang teka nilai syiling dalam tabung. Hadiah ‘Grand’ itu telah dimenangi oleh Siti Norshahida binti Ramlan, 26 tahun. Hampir 100 buah hadiah untuk acara cabutan bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur.
Disamping itu sebanyak 35 jenis sukaneka, sukan rakyat dan sukan air dipertandingkan untuk pengunjung yang hadir.
Seorang pengunjung yang temui ditapak program menyatakan ini adalah antara program terhebat yang pernah diadakan disebelah pendalaman daerah Dungun.
“Saya cukup ‘respect’ dan PAS Bukit Besi (MTD) sebab buat progman ini, terutama Ustaz Wan Hassan yang boleh mari dari pagi hingga habis program,”jelas Encik Karim yang berasal daripada Kampung Shukur.

Tiada ulasan: