
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Dato Kamarul Baharin Shah bahkan berkata, BN sememangnya tidak pernah ingin membela hidup rakyat.
“kita dalam Pakatan Rakyat amat mengharapkan sokongan semua bangsa untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dari BN dalam PRU 14 (kerana BN) yang telah banyak melakukan kesilapan dalam urustadbir kerajaan negeri,”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Makan Malam sempena Tahun Baru Cina di Kampung Tiong, dekat sini pada Isnin 2 Mac.
Sehubungan itu, beliau beliau menyeru supaya rakyat sedar kerana menurutnya parti Umni dan Barisan Nasional (BN) telah mempergunakan rakyat.
“kerajaan BN yang sememangnya tidak pernah ingin membela nasib rakyat bahkan terus membebani hidup rakyat dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang semakin tinggi,”tambahnya.
Antara pemimpin yang hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PAS Muhamad Sabu, ADUN Ladang Dato Tengku Hassan Tengku Omar, ADUN Wakaf Mempelam Haji Mohd Abd Wahid Endut dan ADUN Bandar Azan Ismail
Turut Hadir adalah Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu YB Haji Hanafiah Mat Pengarah Majlis Tindakan DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah.
Ulasan