11 Mac 2015

Kerajaan Umno ‘Memperkudakan’ Majlis Fatwa Untuk Menghalalkan GST


GST HaramKUALA TERENGGANU – PAS menegaskan sistem percukaian GST yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah haram di sisi Islam kerana menngenakan cukai tersebut kepada semua pihak termasuk orang miskin.
Selain itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali berkata, kerajaan Umno bergantung kepada cukai GST untuk menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh penyelewengan dan salah urus mereka sendiri.


“PAS dengan tegas menyatakan sistem percukaian GST adalah haram dan bercanggah dengan Islam, (kerana) kerajaan menjadikan cukai sebagai sumber kewangan negara,
“(sedangkan) cukai hanya boleh diambil ketika negara menghadapi masalah kewangan oleh keadaan ekonomi semasa, (bukan) kerana salah urus oleh kerajaan,
“cukai GST adalah cukai kepenggunaan, yang tidak membezakan orang miskin atau pun kaya,”ujarnya.
Kaedah Islam, katanya, satu kaedah percukaian yang tidak boleh membezakan antara kaya miskin, yang mana orang miskin akan turut dikenakan cukai, hukumnya adalah haram.
Malangnya, kata beliau, Umno dan BN telah mempergunakan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menghalalkan cukai GST dengan alasan ‘maslahat’.
“sayang sungguh Majlis Fatwa telah diperkudakan……….. keluarkan fatwa menyatakan GST tidak bercanggah dengan Islam dengan hujah maslahat, apabila kerajaan menghadapi masalah kewangan maka dibolehkan untuk (mengutip) percuakaian,
“hujah yang sangat remeh…….masalahat tidak boleh menghalalkan yang haram…….masalah kewangan kerajaan kerana kerajaan (gagal dan) uruskan kewangan dengan cara yang salah,”tegasnya.

Tiada ulasan:

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para g...