26 Mac 2015

‘Mak Su Mah’ Mengimbau Nostalgia Ijtimak


IMG-20150319-WA0130 (2)KUALA TERENGGANU – Mengimbau nostalgia silam, berdekad yang lalu, Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah pernah diadakan kali pertama pada tahun 1988 dan yang kedua kalinya pada tahun 1993.
Hampir 22 tahun menjadi jarak untuk terlaksananya sekali lagi Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3.
Walaupun tempoh masa 27 tahun dari Ijtimak yang pertama sehingga yang ketiga, yang berakhir pada Sabtu lalu, ada diantara peserta dan petugas yang sempat menyertai ketiga-tiga Ijtimak tersebut.


Antara mereka adalah Puan Fatimah Muhamad, yang kini berusia 56 tahun.
Beliau sangat bertuah kerana dapat memberikan khidmat pada ketiga-tiga Ijtimak Antarabangsa yang diadakan.
IMG_5338 (2)Fatimah yang lebih mesra dengan panggilaan ‘Mak Su Mah’ merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Perbekalan pada Ijtimak kali pertama dan kedua.
Menceritakan segala memori yang masih tersimpan rapi di dalam lipatan kenangan, beliau berkata berkata, tuga beliau adalah untuk menyediakan makanan kepada semua peserta yang hadir.
Pada masa itu, kata beliau, ia dikenali sebagai ‘nasi rakyat’, dan beliau bersama beberapa rakan-rakan petugas perlu dibungkus nasi mencecah ribuan hingga tidak menang tangan untuk menyuap nasi ke mulut sendiri.
“masa tu, Mak Su mah bertugas jadi tukang bungkus nasi. Habis seribu………….seribu lagi. Tangan duk sibuk nak bungkus nasi sampaikan makan sendiri pun tak sempat,
“apa yang disampaikan oleh (para) ulamak hanya (hadir) mampu didengari dari belakang pentas sahaja.
Tapi, Mak Su mah tak menyesal sebab dengan bungkus nasi untuk orang ramai itulah Maksu Mah dapat sumbangkan sesuatu untuk agama,”ujar beliau dengan senyuman, ketika ditemui pada Ijtimak Kali Ketiga.
IMG-20150321-WA0108Ketika Ijtimak pertama yang diadakan pada tahun, beliau ketika itu di dalam usia 20-an dan menurut beliau, dulu tidak ada pelbagai ‘gadget’ (alat perhubungan) sebagaimana yang ada sekarang.
Jadi, katanya, segala penyebaran maklumat hanyalah melalui kertas-kertas yang disebar dan ditampal serta diuar-uarkan dari corong pembesar suara masjid dan surau serta dibualkan dari mulut ke mulut.
Bila ditanya apa kenangan yang paling manis dan segar tentang Ijtimak, dalam ingatan beliau, beliau cuma tersenyum.
Garis-garis tua yang terlakar di wajah beliau menggambarkan betapa pengalaman hidup benar mengajar erti perjuangan.
Walupun usia beliau sudah pun mencecah separuh abad namun pada Ijtimak kali ini, beliau masih lagi bertugas sebagai Jawatankuasa Perbekalan, cuma pada kali ini beliau bertugas sebagai Jawatankuasa perbekalan untuk VVIP sahaja.
“ijtimak tu sendiri adalah kenangan. Mak Su mah sibuk dengan kerja-kerja setiap kali Ijtimak jadi tak ada apa yang boleh dikata.
“Cuma, kalau dulu Maksu Mah dengan sahabat sama-sama bekerja dalam jamaah, sekarang ramai sahabat Mak Su mah yang Allah dah panggil tinggalkan dunia,” ujar beliau lagi .

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...