Muslimat an-Nahdhah Menang, Setelah Menempuh Ranjau


IMG_7570 (2)MARANG – Gerakan muslimat dari parti an-Nahdhah di Tunisa menempuhi pelbagai ‘ranjau’ cabaran sebelum mencapai kejayaan dalam bidang politik dan kemasyarakatan.
Wakil muslimat dari parti an-Nahdhah Tunisia Wahidah Khawwaj berkata, setelah revolusi dan pilihanraya diadakan, Muslimat an-Nahdhah telah memenangi banyak kerusi mewakili kaun wanita.


Beliau menjelaskan tentang gerakan muslimat di Tunisia dan secara khususnya mengenai wanita di dalam Parti An-Nahdhah.
muslimatMenurut beliau, terdapat dua peringkat perjuangan mereka , iaitu peringkat pertama yang dinamakan sebagai peringkat mehnah atau peringkat tekanan.
Katanya, peringkat itu berlaku sebelum berlakunya revolusi politik di Tunisia.
Ketika ini muslimat dari Parti An-Nahdhah turut dilayan sama rata dengan muslimin dari Parti An-Nahdhah.
Mereka telah ditekan dan turut dipenjarakan bersama muslimin .
”Pada peringkat ini, wanita dari Parti An-Nahdhah telah memainkan peranan dengan menggerakkan satu gerakan rahsia dalam kalangan wanita-wanita di universiti-universiti dan juga di dalam masyarakat dengan mengembangkan pemikiran dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
“Kami telah menubuhkan banyak kesatuan sosial kemasyarakatan. Melalui persatuan-persatuan inilah , parti ini dan gerakan islam telah berjaya menawan hati-hati rakyat.”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program Pentas Muslimat bersama pemimpin gerakan parti Islam antarabangsa, sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-3, di sini pada 20 Mac.
Beliau berkata, setelah gerakan ini berhasil maka berlakulah revolusi politik di Tunisia.
“Selepas revolusi, kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan campuran dengan minoriti sahaja penyertaan dari parti an-Nahdhah. Sebelum pilihanraya, satu peraturan telah dibuat oleh rejim yang memerintah.
“Mereka telah menetapkan satu undang-undang yang dinamakan “panasuh” . Undang-undang ini menetapkan bahawa setiap parti yang bertanding untuk pilihanraya mestilah menghantar wakil lelaki dan wanita dengan bilangan yang sama.
“Jika dua calon lelaki dihantar, maka wanita juga mesti dua orang calon yang dihantar,”jelasnya
IMG-20150321-WA0108Tujuannya, kata beliau adalah untuk menyekat parti-parti yang pro islam kerana pada pemikiran mereka gerakan yang pro Islam mereka akan menjadi lemah dengan calon muslimat, sebaliknya parti An-Nahdhah adalah parti pertama yang menghantar penyertaan calon wanita dari parti mereka.
“Parti An-Nahdhah telah mentarbiah wanita di dalam parti mereka setelah sekian lama sebelum revolusi. Dan kerana itulah wanita dari parti an-Nahdhah telah memenangi banyak kerusi di dalam pilihanraya.
“Seramai 4 orang wakil dari parti an-nahdhah di dalam kerajaan campuran , dan mereka menjadi menteri dalam kerajaan Tunisia.
“Maka, disini menunjukkan bahawa parti an-nahdhah sendiri menggalakkan penglibatan wanita di dalam politik dan meletakkan peranan mereka sama penting sebagai ibu sebagai guru dan sebagainya untuk membangunkan masyarakat,”kata beliau
Beliau berkata, pemimpin terkemuka an-Nahdhah, Rashid al-Ganushi adalah yang menggalakkan penglibatan wanita di dalam politik.
Sheikh Rashid Al-Ghannusi selalu menyebut, kata beliau, wanita mesti berperanan sama seperti lelaki dalam semua peringkat pembangunan sama ada rumahtangga , masyarakat mahupun politik.

Ulasan