Musuh Tidak Akan Berhenti Menyerang Islam


Nasaruddin tontowi1MARANG – Sepanjang perjalanan dakwah ini, pejuang Islam akan menghadapi segalan mehnah dan tribulasi perjuangan samada datang dari musuh luaran mahupun dalaman, tetapi Allah akan menyempurnakan agama ini.
“Musuh tidak pernah berhenti, kita mungkin boleh berhenti, boleh bersembang, boleh bergelak ketawa, tapi musuh tidak pernah berhenti.


“Semua ahli perlu menjaga Islam di kawasan masing-masing kerana semua akhirnya akan ditanya apakah yang telah kita lakukan apabila Islam diserang.
“Dan kita mesti mempertahankan Islam dengan segalanya walaupun ada orang yang tidak menyukainya.
“Siapa lagi yang akan mempertahankan Islam, kerana kita tiada pilihan,” itulah antara ucapan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat YB Ustaz Nasrudin Hasan ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Rusila.
Kuliah yang diadakan bersempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 itu dihadiri oleh kira-kira enam ribu orang yang memenuhi ruang masjid atas dan bawah serta ruang di dalam Dewan Tok Guru.
Oleh itu gesa beliau lagi, umat Islam mesti mempersiapkan diri dengan ilmu kerana ingin memperjelaskan Islam kepada orang ramai dan bukan hanya dengan semangat sahaja kerana semangat hanya bermusim.
Nasaruddin tontowiMengimbau sejarah apabila rasulllah menghadapi ancaman dari musuh Allah beliau berkata, baginda mengajak manusia kembali kepada kalimah tauhid, tetapi yang menentang, sebahagiannya adalah dari keluarga baginda sendiri.
Bermula dari hari pertama, rasulullah telah diugut dan dihina kerana membawa risalah ini, malah bapa saudara rasulullah Abu Talib juga diguna oleh musuh rasulullah bagi memujuk bagi menghentikan dakwah itu.
Tetapi tambah beliau lagi, ketegasan rasulullah menolak dengan kasih sayang permintaan bapa saudaranya itu sehinggakan Abu Talib tidak boleh memujuk baginda lagi, malah sebaliknya menjadi pelindung kepada Rasulullah.
Ingatan beliau kepada pendengar untuk melihat ujian demi ujian ini adalah salah satu bentuk penapisan oleh Allah bagi memperlihatkan siapa yang benar dan ikhlas serta jujur dalam membawa risalah Islam ini.
Hasil dari ketegasan rasulullah itu dan kejayaan baginda mendidik sahabatnya sehinggakan tiada yang mereka lihat, kecuali keimanan, tiada takut berhadapan dengan musuh dan tiada rasa ingin mengkhianati jemaah dalam apa jua keadaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh menyatakan adalah menjadi sunnah perjuangan iaitu mengorbankan segalanya bagi Allah dengan segala apa yang ada sehinggakan nyawa kita sendiri menjadi taruhan.
Seterusnya beliau menekankan perkara yang dianggap telah hilang dalam diri pejuang ialah akhlak seperti yang jelas dapat diperhatikan dalam Facebook dan Twitter dengan memaki hamun dan menghina sesama sendiri.
Beliau juga mengingatkan ahli agar jangan menjadikan fenomena takut, gentar, bersalah, serta rasa lemah untuk bercakap berkenaan Islam contohnya dalam media sosial.
Disamping keberanian untuk melakukannya, ketegasan juga mesti disertakan agar orang tidak salah faham Islam dalam banyak versi dan berbeza kerana tindakan kita itu, sedangkan Islam itu hanya satu.
Tegas mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia itu lagi, jalan ini ialah jalan Islam dan mesti berkata yang benar itu adalah benar dan jangan kita terpaksa melutut dan merayu kepada orang lain bagi melaksanakan islam sehingga kita kehilangan izzah.
Oleh itu, untuk kita mempromosikan Islam, kita mestilah menyatakan Islam itu dan tiga perkara ini mesti kita rangkaikan dalam diri pejuang Islam iaitu ilmu,akhlak dan juga keberanian dalam menyatakan Islam.

Ulasan