Perlantikan Mursyidul Am; PAS Terengganu Ucap Tahniah


satiful3KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengucapkan tahniah mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, amanah yang diberikan kepada Tuan Guru Dr. Tuan Guru Dr. Haron Din, adalah ‘kena pada tubuhnya’ yang dikenali sebagai seorang tokoh memiliki ilmu yang tinggi dan kepimpinan yang dimaklumi oleh umum.


20150312_113256_3 (2)“AlhamduliLlah, PAS Terengganu mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Dr. Harun Din yang sememangnya layak kerana beliau dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai tokoh ilmuan,
“dan beliau sudah lama memimpin PAS serta umat Islam,”ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah di masjid Rusila Marang, hari ini.
Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ustaz Ahmad Yakob, yang dilantik sebagai Timbalan Mursydul Am PAS.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut merakamkan tahniah atas perlantikan tersebut.
Timbalan Ketuanya, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pelantikan Majlis Syura Ulama itu adalah bertepatan pada masanya.
Katanya, Tuan Guru Dr. Haon Din juga ‘tersohor’ kerana ketinggian ilmunya, ketokohannya sebagai pemimpin bukan sahaja di peringkat pimpinan Pas, akar umbi malah masyarakat Islam dan rakyat Malaysia umumnya.
“Pelantikan ini juga akan terus memperkasakan parti hasil kerjasama baik golongan ulama dan profesional dalam kalangan anggota Pas,” katanya.
Pelantikan Haron diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada satu mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, 8 Mac lalu.
Jawatan Mursyidul Am Pas kosong berikutan penyandangnya, Nik Abdul Aziz, yang juga bekas menteri besar Kelantan meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas

Ulasan