07 Mac 2015

Tarbiyyah Kekuatan Jamaah

IMG-20150307-WA0102 (2)
“Untuk terus istiqomah di dalam perjuangan, perlu ada ilmu dan tarbiyyah yang kuat. Tidak cukup dengan semangat sahaja. Kita perlu lengkapkan diri dengan aqidah Islam kerana ianya sebagai penguat dan pengikat, ” ucap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Puan Safinah Jusoh ketika merasmikan Liqa’
 Muslimat Muda pada Jumaat, 6 Mac lepas di Kuala Terengganu.


Liqa’ ini telah berjaya menghimpunkan hampir 100 orang ahli jawatankuasa muslimat muda, atau lebih dikenali dengan Gen-3 dari seluruh Terengganu.
IMG-20150307-WA0105 (2)“Orang yang mempunyai aqidah Islam merupakan benteng kekuatan jemaah. Mereka akan menjaga jemaah dan sentiasa menguatkan, bukan ingin meruntuhkan jemaah. Mereka juga sentiasa seronok dan beria-ia mahu menyertai program jemaah tanpa perlu dipaksa”, tambah beliau, yang lebih mesra dipanggil Cikgu Safinah.
Menurut beliau, tarbiyyah tidak boleh diperolehi tanpa usaha sungguh-sungguh dan berterusan. Sudah tentu tarbiyyah diperolehi melalui beberapa siri tamrin, usrah dan juga program-program.
Program anjuran Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Terengganu dengan kerjasama Ameerah Terengganu ini merupakan batu asas bagi membina kefahaman dan pemantapan fikrah di kalangan muslimat muda.
Turut hadir dan mengisi slot program adalah Ketua Lajnah Tarbiyyah DMPNT, Puan Zarani Othman dan penceramah jemputan, Ustazah Norzila Mamat.
Menurut Ketua Ameerah Terengganu, Puan Zuraida Md Noor ketika diminta mengulas program ini, beliau amat gembira dengan kehadiran yang memberangsangkan ini.
“Alhamdulillah, kehadiran amat memuaskan. Ini menunjukkan komitmen Gen-3 terhadap program parti begitu bagus sekali. Pertemuan ini amat penting kerana kita mahu melahirkan Gen-3 yang faham serta menjadi pendokong yang kuat kepada jemaah ini”, ujar beliau.
Di samping itu, pertemuan tersebut juga bagi mengumpulkan muslimat muda untuk menyelaraskan gerakerja Gen-3 sempena Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke -3 yang akan diadakan pada 19-21 Mac nanti.
“Ameerah diberi amanah besar untuk menjayakan beberapa slot program dan juga pertandingan untuk ijtima’ nanti. Kami amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk laksanakan amanah ini. InsyaAllah, saya yakin selepas diberi suntikan semangat dan roh tarbiyyah ini kami lebih bersemangat untuk membantu gerakerja jemaah ini”, tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...