Aktivis Yayasan Amal Rebah Dalam Bas Menuju H355

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT), Mohamad Fauzi Abu Samah jatuh pengsan di dalam bas yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke Himpunan 355.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Fauzi kini ditahan di Wad Kiambang 5C, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut saksi yang satu bas dengan beliau, "Dia (Cikgu Fauzi) mengadu tidak sedap badan dan berasa tangan sebelah kanan kebas juga mata mulai kabur, tidak nampak apa-apa selepas naik bas dari hentian Kijal,". ujar Encik Razali Mat Yunos


Menceritakan keadaan terkini Cikgu Fauzi, Encik Razali berkata, "Hasil daripada pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan dikepalanya dan bantuan pernafasan oksigen serta suntikan diberikan".

"Di kesempatan ini saya mengambil peluang memohon agar kita semua panjatkan doa semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau dan keluarga di samping kami anggota rombongan bas yang lain sedang berusaha untuk menyambung perjalanan ke H355,
" tambahnya lagi

Cikgu Fauzi dikenali umum sebagai aktivis YAMCT yang aktif dengan pelbagai misi antarabangsa dan tempatan antaranya Misi Kemanusian Pelarian Syria di Sempadan Turki dan Jordan,  Program Korban dan Aqiqah di Sudan dan banyak lagi misi kemanusiaan yang lain seantero dunia.

Ulasan