HARAP-PGU 3.5 Siap Sepenuhnya Sedia Terima Tetamu

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

BESUT  -  Semua Unit Jawatankuasa Induk Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) telah bersedia bagi menyambut tetamu yang datang dari seluruh negeri Terengganu.

Setiausahanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, hanya dua unit, persiapan dan siaraya yang sedang dalam proses akhir menjelang program pertama Himpunan pada malam ini.



“persiapan ada sikit lagi…..unit siaraya sedang menguji suara dengan system bunyi, secara keseluruhannya in shaa Allah semua telah siap sedia,

“hanya menunggu masa untuk program pada malam ini membuka tirai,”ujarnya ketika ditemui pihak  di tapak program, di kampun Raja petang ini.

Beliau berkata, program dimulakan dengan solat maghrib berjemaah di hadapan pentas utama di ikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim.

"diikuti solat hajat selepas Isya memohon kemenangan Islam dibumi Malaysia ini………selepas itu, satu ceramah pembukaan akan disampaikan oleh YB Dato' Ustaz Hj Nasaruddin Daud,

“Dr. Ustaz Ridhuan Mohd Nor dan Ustaz Hj Ahmad Dasuki Abdul Rani yang akan menggegarkan bumi Kampung Raja ini,”jelasnya.

Beliau menyeru semua agar hadir beramai-ramai malam ini untuk memeriahkan program HARAP PGU 3.5 bermula malam ini.

https://youtu.be/flmpjMPEnHs

Ulasan