17 Februari 2017

Jihad Memperkasakan Islam Menerusi Himpunan RUU 355

Dimaklumkan sekurang-kurangnya 1000 buah bas dengan 40,000 penumpang sedang dan bakal bergerak untuk hadir Himpunan RUU355 esok sabtu 18 februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ini tidak termasuk ribuan lagi kenderaan dengan puluhan ribu lagi manusia. Mereka hadir sebagai menyahut seruan memperkasakan Islam di negara ini. Moga Allah ganjari mereka atas pengorbanan masa, tenaga dan harta benda mereka untuk perjuangan ini. Namun, di sana masih ramai yang tidak bersama hadir dengan jasad mereka tetapi mereka bersama perjuangan ini dengan dokongan doa dan semangat mereka.
Nabi saw menyebut ketika rombongan jihad bergerak bersama Baginda:



" إِنَ بِالْمَدِينَةِ لَرِجَالاً مَا سِرْتُمْ مَسِيراً، وَلاَ قَطَعْتُمْ وَادِياً إِلاَ كَانُوا مَعَكُمْ حَبَسَهُمُ الْمَرَضُ "
. وَفِي رِوَايَةٍ : " إلاَ شَرِكُوكُمْ فِي الأجْرِ ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ .

"Sesungguhnya di Madinah terdapat lelaki-lelaki yang mana kamu tidak bergerak satu jarak dan kamu tidak merentasi satu lembah melainkan mereka bersama kamu. Mereka tersekat oleh sakit."
Dalam satu riwayat menyebut: "melainkan mereka berkongsi dengan kamu pada pahala".
Hadis riwayat Muslim

Dr Khairuddin at-Takiri
Ahli Parlimen Kula Nerus 

Tiada ulasan: