18 Februari 2017

Lintas Langsung H355 (1) ; Turun Dengan Semangat Berkobar-kobar


Oleh : Dr Azman Ibrahim

Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mengikut jadual, peserta dari Terengganu diarahkan berkumpul di hadapan SOGO jam 3 petang.

Tiga jam lebih awal dari waktu yang sepatutnya, orang ramai terutama peserta Terengganu berpakaian ungu mula memenuhi perkarangan SOGO.



Ia gambaran semangat berkobar-kobar para peserta yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda.

Paling terharu apabila melihat sekumpulan Mat Rock dengan fesyen rambut gaya Alleycats turut berpakaian ungu menandakan hati mereka turut bersama untuk melihat syariat Islam diperkasakan.

Anak-anak kecil lena di atas dukungan dengan baju ungu.

Orang tua bertongkat juga tak ketinggalan.

Setakat ini kelihatan hanya Jefri Chua, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu adalah peserta bukan Melayu tunggal yang hadir di hadapan SOGO. Yang lain adalah ummat Melayu Islam menunjukkan kesatuan hati dan tubuh mereka untuk berada di sini demi satu matlamat. Menyokong pindaan Akta 355!

Dalam perjalanan dari Jabi  melalui jalan Gua Musang-Bentong-KL malam tadi, ketika berhenti rehat di Hentian Gua Musang, limpahan manusia dapat disaksikan. Sepanjang saya menggunakan jalan raya Gua Musang-KL, sejujurnya inilah kali pertama saya melihat manusia ramai sejumlah ini.

Solat subuh di Masjid Bandar Bentong bagaikan solat Jumaat. Cuma beza kerana tak ada khutbah Jumaat disampaikan. Saya yakin Tok Imam pun terkejut dengan bilangan makmum yang bersolat di belakang beliau pagi tadi.

Jam 3 petang nanti peserta Terengganu akan mula berarak secara santai dan aman menuju padang Merbok...

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...