18 Februari 2017

Lintas Langsung H355 (2) : Air Mata Pok Soh

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Pok Soh dari Dungun, Terengganu. Saya perhatikan seimbas lalu di kalangan peserta H355 dari Terengganu, Pok Soh yang paling berusia. Walau saya tak sempat tanya berapa usia beliau, tapi saya yakin usia beliau telah melepasi seven series.

Janggut dan misainya tidak kelihatan lagi seurat pun berwarna hitam membenarkan jangkaan saya. Semangat dia berdiri gagah di bawah panas terik matahari. Entah sudah makan atau belum.

Melaungkan takbir dan slogan dengan penuh semangat. Saat doa dibacakan oleh YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali, AJK PAS Pusat sebelum konvoi Terengganu memulakan perarakan ke Padang Merbok, saya melihat beberapa kali beliau mengesat air mata.



Dengan usia yang masih bersisa, tentunya beliau bercita-cita nak tengok syariat Allah ditegakkan sebelum menutup mata buat selamanya.

Pok Soh tak ada sebarang jawatan dalam parti. Dia tak dikenali ramai di bumi ini. Pejuang ikhlas yang tak didendang seperti beliau mungkin menjadi asbab Allah mengurniakan kemenangan kepada perjuangan ini.

Tiada ulasan: