Lintas Langsung H355 (3); Ratusan Ribu Tegaskan

Oleh : Khairul Nizam Abdullah dan Salwana Ghani

KUALA LUMPUR - Ratusan ribu rakyat Malaysia hari ini tanpa mengira latarbelakang politik berhimpun bagi menyatakan sokongan padu terhadap pindaan rang undang-undang 355 yang akan dibentangkan diParlimen pada bulan Mac nanti.

Pindaan itu adalah bagi memperkasakan undang-undang mahkamah syariah yang sejak dulu lagi lebih rendah dari mahkamah sivil .


Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang himpunan pada kali ini akan menjadi sejarah yang akan di ingati serta akan disebut-sebut oleh generasi akan datang sebagai satu usaha untuk mendaulatkan hukum syariat sebagaimana yang telah ditetapkan Allah keatas kita.

"Ini sebenarnya menggambarkan sokongan padu rakyat Malaysia yang datang berhimpun walaupun berbeza pendapat serta anutan ideologi namun bersatu hati dalam menyokong usaha kearah mengangkat darjat mahkamah syariah ke satu tahap yang lebih tinggi".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perhimpunan yang diadakan diPadang Merbok, Kuala Lumpur.

Perhimpunan itu diadakan bagi menyokong pindaan rang undang-undang 355.

"Mudah-mudahan peristiwa besar yang berlaku pada hari menjadi harapan serta 'signal' yang akan memberi peringatan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kita (PAS) khususnya Ahli Parlimen kita agar mereka bersama-sama,

"dengan orang yang menyokong pindaan rang undang-undang 355 daripada kalangan rakyat negara ini untuk bersama-sama bagi menaikkan syariat Islam dibumi Malaysia yang tercinta ini",ujar beliau.

Sementara itu, seorang peserta muslimat muda yang ditemui pihak media memberitahu,"saya bersama dengan kawan - kawan seramai lebih 100 orang  datang ke sini semata-mata ingin bersama menyokong pindaan Ruu 355".

Tambah beliau lagi " harapan saya kepada generasi muda marilah kita bersama menyokong Pindaan Ruu 355 ini kerana ianya dapat memperkasakan undang - undang mahkamah syariah di samping ia dapat mengurangkan kes jenayah sosial anak - anak muda".

Demikian menurut kata Siti Nur Amirah Mohd Zaid, 19, pelajar tahun akhir Maahad Darul Quran, Rusila diperkarangan Sogo, tengahari tadi.

Beliau bersama kawannya berkumpul bersama orang ramai bagi menanti taklimat dari Ketua Kontinjen dari Terengganu jam 3.00 ptg sebelum berarak kePadang Merbok.

Ulasan