PAS Yang Dicemburui,Usah Kita Peduli, Jom ke HARAP-PGU 3.5

Dalam seminggu dua ini, nama PAS sentiasa meniti di bibir rakyat Malaysia yang celik politik dan keadaan semasa. Sangat menggembirakan kerana ianya seperti satu bentuk pengiklanan percuma yang diberikan oleh kawan mahupun lawan PAS. Dari orang politik, orang agama, non-muslim, cendikiawan, golongan liberal, kakitangan kerajaan malah tidak ketinggalan juga golongan remaja yang sama-sama memerhatikan dengan serius Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperkenalkan oleh PAS.



Syukur diatas kelambatan membahaskan RUU355 di Parlimen, Allah lebih mengetahui akan kebaikannya. Sekarang, rakyat sudah mula memahami akan RUU355 yang akan dibahaskan di Parlimen tidak lama lagi insyaAllah. Dengan jumlah ratusan ribu kehadiran rakyat dan masih terdapat ramai lagi di luar sana yang mahukan pindaan akta ini, meningglkan semua ahli parlimen tanpa pilihan, melainkan menyokong pindaan ini kerana insyaAllah, tiada undi dari kami untuk mereka.

Kita cuba melihat dari sudut kecemburuan lawan terhadap PAS. Sejak dari mula PAS membawa usul, terlalu banyak halangan dari pelbagai pihak. Ironinya, orang agama juga seperti kerisauan melebihi penjenayah sendiri. Maka setelah PAS berjaya meyakinkan rakyat, tiba-tiba, tiada lagi kedengaran suara bantahan mereka. Oh, rupanya mereka seperti tidak mahu himpunan berlaku sahaja, kerana mereka tahu kekuatan Presiden PAS apabila membuat seruan, maka insyaAllah, akan berduyun-duyun ahli-ahli dan penyokong PAS akan keluar beramai-ramai mentaati perintah makruf sepertimana Himpunan Fastaqim. Jadi gagallah mereka dalam cubaan memusnahkan kredibiliti Presiden PAS.

Tetapi, kumpulan mereka tidak berhenti setakat itu sahaja, diadakan pula drama-drama politik yang dibintangi oleh pelakon-pelakon murahan yang sudah tidak diperlukan dalam dunia politik bagi mengalih perhatian kejayaan H355 ini. Kritikan-kritikan yang senada dengan mereka oleh golongan liberal, bagaikan satu orkestra yang mengiramakan serentak irama kebencian kepada PAS dan hukum Allah. Mereka semua kelihatan seperti hilang arah dengan kejayaan yang cemerlang Presiden PAS dalam hal ini. Saya tiada sedikitpun keraguan kepada Presiden insyaAllah.

Dalam waktu yang sama, Umno-BN telah terbebas dari serangan-serangan mereka. Umno-BN goyang kaki dengan melihat serangan sekarang, begitu hebat dan bertali arus, disasarkan kepada PAS. PAS terpaksa menjawab segala tohmahan, fitnah dan segala kucar-kacir dari golongan yang mengaku membenci Umno-BN, tetapi tidak menyerang Umno-BN. Ingatkah kita kepada perkataan beberapa orang dahulu kepada ISIS? ISIS mengaku membenci Israel, tetapi yang dibunuh, dirogol mereka ialah orang Islam. Sebutir pelurupun tidak pernah dilepaskan ke Israel? Seiras?

Jadi untuk itu, saya menyeru semua rakyat khususnya rakyat Terengganu, agar mengabaikan musuh-musuh yang terbit dari celah ketiak Umno-BN ini. Bau busuk mereka hampir sama. Mari kita fokus untuk menentang penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan Umno-BN. Umno-BN sangat gembira dengan peranan yang diambil oleh mereka yang membenci PAS. Wang rakyat Terengganu terutamanya dilahap dengan sebegitu rupa tanpa pembelaan,kerana musuh-musuh PAS menghalang PAS dari membiarkan Umno-BN terus menari gembira tanpa penentangan. Benarkah mereka menentang Umno-BN dengan cara mereka ini?

Saya inginmenarik perhatian umum kepada kenyataan Pengarah UKOM Terengganu, Dato’ Muda Mamat bahawa, hanya PAS sahajalah yang akan memberikan tentangan kepada Umno-BN. Ya Dato’, PAS pasti akan menentang segala penyelewengan dan salah laku Umno-BN di mana sahaja di Malaysia ini bagi menjamin hak Islam dan rakyat disempurnakan mengikut kehendak Allah. PAS istiqamah menentang Umno-BN atas nama Islam.

Oleh itu saya menyeru agar semua lapisan masyarakat untuk hadir ke program besar PAS hari ini iaitu HARAP 3.5 di Kampung Raja, Besut bagi melihat sendiri bagaimana PAS dengan dilandasi Islam, akan menggantikan Umno-BN yang sebenarnya sudah tidak diperlukan lagi dalam arus politik tanahair sebagai pemerintah. Islamlah yang semestinya memerintah dengan penuh keadilan, mengikut asas yang telah disediakan dalam al-Quran dan hadis. PAS telah membuktikan berjaya mengangkat martabat Islam ketika memerintah dahulu walaupun dengan segala kepayahan dan halangan. Dan sekarang, PAS insyaAllah akan kembali memerintah Terengganu dan akan melakukan hal yang lebih baik bagi Islam. Jom kita ke HARAP 3.5 dari 23- 25 Februari 2017.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
26 Jamadilawwal 1438 bersamaan 23 Februari 2017

Ulasan