Tinggalkan PAS Kalau Tak Mahu Ikut Cara PAS

MARANG –  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang PAS.

“Kalau orang PAS dia kena ikut cara PAS……… Kalau dia tidak mahu ikut cara PAS dia kena keluar. Itu lebih baik,


"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden PAS) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah),” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Rusila di sini, hari ini.

Ustaz Hadi menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

“Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

“Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

“Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah,” katanya.

Sebelum itu, beliau turut membaca doa keselamatan kepada perjalanan rombongan ahli adn penyokong  penyokong PAS yang berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri H355 esok

Ulasan