25 Februari 2017

Ziarah Pemimpin PAS Sentuh Hati Masyarakat

Oleh : Sumaiyyah

BESUT - Program ziarah yang menjadi antara agenda terpenting dan tidak ditinggalkan setiap kali Himpunan Harapan Semua, PAS Ganti Umno Kali Kelima (HARAP-PGU 3.5) berjaya menyentuh hati masyarakat setempat.

Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, Sebanyak lima buah rumah telah diziarahi yang terdiri daripada mereka yang mengalami masalah kesihatan serta warga emas.


"Dengan kehadiran kita, dapat menyentuh hati mereka yang turut sama menyelami kesusahan yang dihadapi, dan secara tidak langsung merapatkan lagi ukhuwah di kalangan pimpinan dengan masyarakat di peringkat Unit Peti Undi (UPU)".

"Harapan kami agar mereka terus tabah menghadapi segala dugaan yang ditakdirkan kepada mereka. Semoga mereka dapat terus memberi sumbangan melalui sokongan dalam mencapai kemenangan menjelang PRU-14," ujar Tuan Roslina ketika ditemui selepas program tersebut, semalam.


Beliau mengucapkan  syukur kepada pada Allah dapat menziarahi beberapa di sekitar Dun Kota Putera di UPU Seberang Kastam.

Turut serta dalam Program Ziarah ini adalah YB Ustaz Ridhuan Hashim, ADUN Teluk Pasu. Himpunan Harapan Semua (HARAP-PGU) 3.5 yang diadakan pada 23-25 Februari 2017 merupakan himpunan kelima selepas Kuala Nerus, Dungun, Marang dan Kemaman.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018