Pemuda PAS Cawangan Agih Petrol Percuma

Oleh : Suhaimi Taib

KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS Cawangan Tok Ku Tuan Besar mengambil inisiatif mengagihkan 110 Liter minyak  petrol RON97 secara percuma kepada penduduk sekitar kampung berkenaan.

Menurut Ketua Pemuda Kuala Terenggan Mohd Azrin Mohd Aris, ia bertujuan meringankan beban kewangan menghadapi kos sara hidup semakin.


"kehidupan rakyat semakin terhimpit akibat kenaikan harga bahan api itu,"ujarnya.

Katanya, menurut Laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga Petrol RON95 pada bulan Mac ini ialah RM2.30, sementara RON97 dan Diesel masing-masing pada harga, RM2.60 dan RM2.20.

Oleh itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Lajnah Kebajikan Pemuda PAS cawangan tersebut.

"Saya ucapkan syabas dan tahniah kerana Pemuda PAS prihatin terhadap nasib rakyat yang terus tertekan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"saya mengharapkan usaha seperti ini diteruskan dan dicontohi oleh pemuda PAS cawangan lain,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membahagi-bahagikan minyak mereka yang hadir di hadapan Markaz PAS cawangan kampung itu.

Sehubungan itu,  Ketua Pemuda DUN Bandar, Khairuddin Mohammad berbangga dengan langkah 'maaruf' yang telah diambil.

"Usaha murni ini perlu diteruskan lagi untuk kebaikan penduduk dan rakyat negeri Terengganu," katanya yang turut bersama program tersebut.

Menurutnya, 52 kopun untuk isi minyak motosikal sebanyak dua liter setiap orang diedarkan kepada orang ramai.

Ulasan