01 Mac 2017

Pemuda Perlu Kesedaran Politik

Oleh : Zainun Muhamad

KUALA NERUS - Pemuda juga perlu diberi kesedaran tentang politik semasa kerana ia berkait rapat dengan masa depan orang muda dan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak berkata, kecaknaan yang ditunjukan oleh pimimpin Pemuda PAS Terengganu dan Kawasan  Kuala Nerus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan anak-anak muda.



“Saya selaku wakil rakyat Bukit Tunggal mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Terengganu,

"mengadakan program ziarah dikalangan pemuda dalam DUN Bukit Tunggal,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas bersama dengan rombongan ziarah pemuda menyantuni 10 buah rumah dalam DUN terbabit pada Selasa 28 Februari

Antara yang dilawati ialah Ustaz Muhamad Syukri bin Awang, yang tinggal di Kampung Seberang Baruh yang menghidap penyakit usus dan akan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Zahirah,Kuala Terengganu pada 9 Mac depan.

Sehubungan itu, Dr Alias yang juga Timbalan Pseuruhaya 1 PAS Terengganu mengucapkan tahniah diatas usaha yang murni itu.

“semoga aktiviti ini diteruskan disepanjang masa,”tambahnya.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Pemuda Terengganu yang juga ADUN Tepoh Ustaz Hishammuddin bin Abdul Karim.

Tiada ulasan: