03 Mac 2017

Perumahan Generasi Kedua; PAS Gesa Kerajaan, Felda Tunaikan Janji

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda menggesa kerajaan dan pihak berkuasa terbabit menunaikan janji dan menyegerakan pembinaan rumah Generasi Kedua Felda.

Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi & Kepenggunaan Negeri Terengganu, Nawi Mohamad menyatakan sebanyak 1,507 unit rumah generasi kedua telah di tender.

“Cuba anak Felda terengganu check tengok....Exco kerajaan negeri (Terengganu) kata akan dibina rumah Generasi Kedua Felda di tempat berikut bagi tahun 2016 -2017,

“di Felda Belara 50 unit, Felda Chalok Barat 50 unit, Felda Bukit Bading 30 unit, Felda Mengkawang  29 unit, Felda Jerangau Barat 50 unit,”tegasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Negerasi Warisan Kebangsaan (Generasi) negeri Terengganu berkata, beliau bimbang prijek tersebut hanya ‘janji kosong’ kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

“Oleh kerana sekarang dah bulan Mac 2017, jadi kita bimbang projek ini tidak menjelma, hanya agih borang dan pasang papan tanda sahaja,

“Baik MBFM dan KAF mari kita pastikan projek ini tidak dialihkan peruntukannya ke negeri lain,”jelasnya.

Oleh itu, beliau menyeru semua pihak memastikan, aduan dibuat kepada pihak Felda dan keranaan negeri, sekiranya tiada tanda-tanda pembinaan dilaksanakan.

Naraza juga menggesa peihak berkenaan agar menyegerakan agihan rumah yang telah disiapkan.

“Satu lagi, sila agihkan segera 100 unit yang telah siap di Felda Neram………Tak payah tunggu PRU.... kerana projek ini dari 2012 lagi,

“kesian 900 calon yang dah dipanggil temuduga,”tambah beliau.

Tiada ulasan: