01 Mac 2017

Terus Berbicara Tentang Pindaan Akta 355

Sebagaimana saya tegaskan dalam banyak tulisan dan ucapan saya, meminda "Akta 355 Bidangkuasa Jenayah Mahkamah Syariah 1965" adalah kewajipan bersama seluruh umat Islam. Hal ini kerana Akta 355 sekarang menghalang beberapa kesalahan Syariah di Mahkamah Syariah di negeri-negeri daripada dihukum berdasarkan kehendak al-Quran dan Sunnah Nabi saw.



Jangan merasa pelik jika ada yang menentang usaha ini kerana kurang memahaminya atau kerana agenda peribadi atau kerana sengaja mengelirukan masyarakat tentangnya.

Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 49:

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ

"Dan berhukumlah di kalangan mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu mengikut kehendak hawa nafsu mereka".

Ayat ini mewajibkan umat Islam khususnya pemerintah memerintah dan menghukum berdasarkan apa yang Allah turunkan. Dalam masa yang sama memperingatkan seluruh umat Islam agar jangan mengikut kehendak dan keinginan mereka yang menentang usaha menegakkan hukum Allah.

Seterusnya Allah memperingatkan pula

وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ

"Dan berwaspadalah terhadap mereka bimbang mereka melakukan "fitnah" memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang diturunkan oleh Allah kepada kamu"

Jika mereka tidak berjaya memalingkan umat daripada keseluruhan Islam cukuplah jika berjaya pada sebahagiannya.

Teruskan penerangan tanpa jemu.

Dr Khairuddin at-Takiri
1 hb Mac 2017

http://www.facebook.com/drtakiri/

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018