26 Julai 2017

Ahli Politik Melayu Islam Perlu Fahami Akidah, Elak Kufur

KUALA TERENGGANU - Ahli politik dan pemimpin Melayu yang beragama Islam dinasihatkan agar belajar dan benar-benar memahami akidah, agar tidak mengungkapkan perkataan yang boleh membawa mereka terjebak dengan 'unsur-unsur' kufur.                      

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Wan Adli Wan Ramli  berkata, walaupun untuk tujuan berdakwah, Islam mempunyai sempadan dan batas-batas iman.
                 
“Saya mengajak orang politik sedemikian untuk faham (dan) belajar akidah betul-betul dan faham agama betul-betul,

“Islam ni agama dakwah dan ahli politik sebegini biasanya dia nak berkawan dengan non-muslim tu atas alasan kononnya nak berdakwahlah yang membina hubungan yang rapat tu kononnya untuk berdakwah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi ucapan bertajuk ‘Kesatuan Akidah Menjamin Masa Depan Ummah’ pada program Hari Terbuka NGO Islam Terengganu disebuah ‘Resort’, di sini pada Isnin 24 Julai.

Beliau kesal kerana para pemimpin terbabit seolah-olah memberi pengiktirafan bahawa agama lain, selain Islam itu benar, namun tidak pula mengajak mereka kepada Islam.

“Tetapi bila ada ruang untuk bercakap dalam gereja ke……. dimana ke…….. kepada non-muslim tiba-tiba dia mengungkap ungkapan yang sedemikian,

“Tidak pulak dia nak menyeru mereka untuk masuk Islam sebaliknya memberi satu mesej yang pada orang yang mendengar tu, faham, kita tak payah masuk Islam macam ni,” jelasnya.

Menyentuh pembentangan RUU 355 di parlimen, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Muafakat berkata, rakuat Malaysia secara umumnya menyokong pindaan undang-undang yang memperkasakan mahkamah syariah itu.

“hanya golongan (yang dianggap) elit Melayu  yang tidak menyokong……..rakyat dibawah rata-ratanya semua menyokong,

“yang penting ahli-ahli parlimen Islam mesti menyokong……tak boleh tidak menyokong,” tegas beliau.

Katanya, cabaran terhadap Islam dan gerakan kristianisasi di negara ini amat sehingga ada yang mencabar perlembagaan negara, khususnya perkara yang berkait, Fasal 3 Islam sebagai agama negara.

“Tetapi seriusnya cabaran itu dapat (kita) sedari dengan melihat cabaran golongan ini sehingga kepada mempertikaikan perlembagaan persekutuan itu sendiri,

“Yang macam yang saya sebutkan tadi asas kenegaraan Malaysia ni, perlembagaan persekutuan itulah mungkin kita tak boleh nak angkat  Islam . Nak angkat Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk keseluruhan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Menurutnya, perlembagaan adalah asas kenegaraan Malaysia dan Islam mestilah diangkat dan dijulang kerana sangat jelas kedudukan Islam itu, walaupun  agama lain bebeas diamalkan.

“kita boleh (kena) angkat perlembagaan persekutuan itu sebagai asas, sebagai teras yang mana golongan ini mencabar perlembagaan itu,

“Sehinggakan perkara yang asas no 331 tu……kalau lihat perlembagaan persekutuan (Fasal 1, 2, 3)…….yang pertama itu memperkenalkan negara, kenal nama lepas itu kenal batang tubuhnya iaitu negeri-negeri yang ada, yang ketiga terus bercakap soal agama (Islam),” jelas beliau lagi.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...