25 Julai 2017

Bekas Perajurit Tak Percaya Janji Beri Tanah

KUALA TERENGGANU - Bekas-bekas anggota tentera Malaysia di negeri ini kurang yakin dengan janji Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, mahu memberikan tanah kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Kelab Veteran Komando Malaysia, Mohd Asli Yaakob berkata, janji yang sama pernah diucapkan oleh pendahulu Razif, Dato' Seri Ahmad Said sebelum ini.


"Hmmmmm........tak ada lah.......dulu Ahmad Said dah cakap macam tu, tapi tak ada, tak ada tanah pun yang diberi (kepada rakyat), ramai bekas askar yang masih tak ada tempat tinggal," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Hari Terbuka NGO di Kuala Ibai, pada Isnin 24 Julai.

Menurutnya, sehingga kini, ramai bekas-bekas askar yang masih tidak mempunyai tanah dan rumah sendiri.

Katanya, masalah sama pernah disuarakan oleh ramai anggota yang telah bersara, namun tiada apa-apa tindakan dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata, rakannya Haji Tuan Mahmod b.Tuan Baharu, 79, (Gambar atas) yang telah berkhidmat dengan angkatan bersenjata sejak dari zaman British lagi, kini terpaksa hidup menumpang rumah anaknya.

“dia sekarang tinggal di Felda Kerteh 3, tinggal menumpang rumah anaknya……..kakalu tak dia memang selalu bersama saya saya,

“pernah anggota yang pohon tanah……..dapatlah satu tapak di Bukit Kor (Marang) tapi kemudian diganggu orang politik, akhirnya tak selesai,” kata beliau kesal.

Pada dua minggu lalu, Koperal (B) Kor Amor Diraja Muhammad Ismail, 61, kesal kerana beberapa kali beliau membuat permohonan beliau untuk memiliki tanah, telah ditolak oleh kerajaan.

Selain mereka, buletinonline pernan memapar kisah duka yang sama dilalui oleh para bekas perajurit yang pernah berjasa mempertahankan kedaulatan tanah air.

Berita terkait;

Razif Lupa Janji!
Kerajaan nak bantu bekas tentera ‘auta’ belaka
Bekas Tentera Tidak Terbela

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018