28 Julai 2017

Israel Ambil Kesempatan Atas Kecelaruan Umat Islam

SETIU - Pelampau Yahudi dan tentera Israel mengambil kesempatan di atas kecelaruan negara-negara umat Islam di Asia Barat serta krisis terkini antara Arab Saudi dengan Qatar.

Justeru, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang tindakan pihak Israel menutup Masjid Al-Aqsa adalah sesuatu yang memalukan maruah umat Islam.

Menurutnya, inilah kali pertama penutupan Masjid Al-Aqsa sejak tahun 1969 serta larangan kepada penduduk menunaikan solat Jumaat.

“Al-Aqsa (masjid) ini mengikut maklumat terkini memang dikawal oleh pihak tentera Yahudi. Ini suatu yang amat memalukan umat Islam dan menyedihkan.

“Sepatutnya, para ulama’ mengambil iktibar dengan apa yang sedang berlaku (di Palestin). Seolah-olah, pihak Yahudi mengambil kesempatan daripada suasana politik negara umat Islam yang sedang bercanggah, berkelahi dan berperang antara satu sama lain.

“Krisis terkini antara Arab Saudi dengan Qatar. Negara Mesir sudah jadi ‘lumpuh’, Iraq sudah menjadi hancur. Syria sudah hancur, Yaman sudah hancur dan sekarang berlaku pula di tempat yang dikatakan pengkalan ekonomi umat Islam dunia.

“Tiba-tiba berlaku demikian dan inilah kesempatan yang dilakukan oleh Yahudi. Maka, ini yang amat memalukan,” jelasnya kepada Harakah ketika meninjau lokasi Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (PGU) 3.7 di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.

Katanya, tahun ini genap 100 tahun Baitul Maqdis dijajah oleh Yahudi yang telah membunuh ribuan umat Islam di Palestin.

Sehubungan itu,
 PAS akan mengadakan mengadakan Himpunan Aman pada di seluruh negeri selepas solat Jumaat hari ini 28 Julai.

Demonstrasi membantah kekejaman rejim Israel itu akan diadakan dibeberapa masjid terpilih antaranya masjid Rhu Muda, masjid At-Taqwa Batu Enam dan masjid dan masjid Al-Furqan Cendering

Orang ramai diseru menyatakan solidariti bersama saudara-saudara warga Palestin yang berterusan dizalimi oleh pemerintah haram Israel.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018