25 Julai 2017

PAS Gesa Masalah Tekanan Bekalan Air Ditingkatkan Segera

KUALA TERENGGANU - PAS menggesa kerajaan negeri meningkatkan tekanan bekalan air dan memastikan pili bomba dalam kawasan bandar raya Kuala Teregganu dalam keadaan baik.

Yang DiPertuanya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerugian akibat kejadian kebakaran yang sering berlaku di ibu negeri mungkin dapat dikurangkan sekiranya pihak Bomba dan Peneyelamat dapat memadamkan api dengan segera.

“kejadian kebakaran ini berlaku pada kira-kira sebulan lalu……kita lancarkan kutipan derma untuk membantu mangsa terlibat dan kita serahkan hari ini,

“berdasarkan laporan media, semasa kejadian Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, ada masalah tekanan air dikawasan, jadi kita harap ia dapat diselesaikan segera,

“sebagaimana sesuai status Kuala Terengganu ini sebagai sebuah bandar raya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kewangan hasil kutipan derma dari orang ramai kepada mangsa berbabit kebakaran di Jalan Petani, dekat Dataran Syahbandar, di sini pada Ahad 23 Julai.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah Ketua Lajnah Kebajikan Ustaz Salleh Abdullah, Pengarah PAS DUN Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed, Ketua Pemuda DUN Bandar Khairuddin Muhammad dan Ketua DHPP Jefri Chua.

Sehubungan itu, Setiausaha PAS Kuala Terengganu Ustaz Mohd Soud ketika dihubungi. mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu semasa kebakaran berlaku dan memberikan sumbangan wang ringgit untuk meringankan beban penduduk tersebut.

“Bagi pihak PAS……..kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua muslimin dan muslimat yang telah menghulurkan sumbangan bagi sama-sama meringankan beban keperitan yang dihadapi oleh mangsa tragedi,” katanya.

Menurut beliau, pada kira-kira jam 9.30 malam 15 Jun lalu, 13 premis dilokasi terbabit telah musnah ‘dijilat’ api melbatkan enam buah kedai dan tujuh kediaman musnah.

Justeru itu, beliau berharap penduduk Kuala Terengganu mengambi sikap berhati-hati agar dapat mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

“tragedi yang membawa kesusahan memang sudah takdir Allah……tapi kita manusia disuruh agama kita supaya sentiasa berhati-hati,” tambah beliau.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...