27 Julai 2017

Pecutan Akhir Persiapan HARAP 3.7

Oleh : Khairul Nizam Abdullah

SETIU - Persiapan terakhir bagi menjayakan program Himpunan Harapan Semua (HARAP) - PGU 3.7 Setiu sedang rancak dijalankan, menjelang program pertama malam ini.

Para petugas menyiapkan kerja-kerja 'pecutan' akhir di tapak program bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Seorang petugas pendawaian elektrik, Shafizan Hannan, 39 yang berasal dari Kampung Batu Enam sedang menyiapkan wayar elektrik yang akan disambungkan ke generator untuk digunakan bermula malam ini.

"Ada api (elektrik) doh... Seminggu doh duk kejjon (siapkan) api. Insya Allah petang ni beres belaka,

"Wayar TNB ada api doh. Gerai jualan, khemah-khemah semua tarik (wayar) belaka doh,

"Khemah siap sepenuhnya petang kelmarin lagi,"ujarnya.

Demikian jelas beliau ketika ditemui pihak media yang meninjau kerja-kerja persiapan akhir.

Menurutnya, 10 orang petugas pendawaian elektrik yang turut membantu menyiapkan 'wirering' di tapak HARAP ini.

Zulkifli Mat Jusoh, 42, yang juga sedang menyiapkan pentas utama untuk kegunaan ceramah malam ini menyeru agar semua masyarakat hadir beramai-ramai ke program HARAP ini.

"Umno mesti diganti dengan PAS untuk memerintah negeri Terengganu,

"Kerana terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang memerintah sekarang," katanya.

Baginya, Umno perlu diganti dengan PAS kerana hanya PAS sahaja yang bersungguh hendak melaksanakan Islam yang syumul di Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Islam dan Hukum Syarak Tidak Mengikat Mahkamah Sivil Dalam Isu Islam?

Keputusan Mahkamah Rayuan mengenai kesahan meletakkan bin bagi anak tidak sah taraf kepada bapa biologi anak tersebut menimbulkan polemik...