28 Julai 2017

Razif Beri Guru Sepasang ‘Kain Empat Musim’

Pendaftaran ‘online’ bagi menghadiri majlis sambutan hari guru dan hari raya sekolah-sekolah dalam daerah Kuala Nerus, menjadikan para guru hanya mendaftar tetapi sebahagiannya tidak menghadirkan diri.

Majlis yang diadakan di stadium tertutup Gong Badak itu menjadi medan memohon sokongan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman daripada sejumlah 2600 orangkeseluruhan pendidik termasuk yang tidak hadir.


Seorang guru yang tidak mahu dikenali berkata, Razif merayu agar para guru memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional.

“Razif kata, sekarang ini kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri adalah Bn 17 dan pembangkang 15. Jadi dia minta guru-guru agar mengundi Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang akan datang.

“Banyak lagi program pendidikan yang nak dilaksanakan. Oleh itu Razif minta guru-guru mengukuhkan kedudukan Barisan Nasional,” katanya.

Sebahagian ‘kerusi berwarna biru’ dalam dewan tersebut kosong tidak dipenuhi oleh para hadirin.

Beberapa orang guru yang dikenali mengajar di beberapa sekolah didalam daerah ini ada yang mundar- mandir di sekitar Dataran Austin dan Masjid Wakaf Tembesu ketika majlis Razif berlangsung.

Guru-guru wanita amat sukacita pada awalnya, ketika menerima hadiah, sehelai kain yang dilipat kemas dalam kotak bertingkat dihiasi gambar Razif dan isterinya dibahagian hadapan.

Mereka berkejar mahu mengambil kain tersebut yang mereka sangkakan kain sutera.

Namun apabila dibuka mereka hampa karana ia hanyalah ‘kain pasang empat musim’ yang kononnya berubah warnanya apabila dilihat pada waktu-waktu yang berbeza.

Tapi masalahnya kain itu kata guru tersebut, panas dipakai sekiranya dibuat baju.

Namun begitu beliau berpendapat guru-guru pada zaman ini berfikiran terbuka dan tidak mudah digula-gulakan.

Walaupun mereka hadir dan mendengar ucapan Razif serta menerima hadiah yang tidak seberapa dari Razif mereka tidak mudah terpedaya.

“Buktinya apabila pengerusi majlis meminta guru-guru membuat tepukan gemuruh untuk menyedapkan hati Razif namun bunyi yang kedengaran hanya menggusarkan hati Razif,

“Tak ramai guru-guru yang bertepuk tangan untuk membodek Razif,” jelasnya.

Justeru itu, nampaknya hasrat Razif untuk kembali menjadi Menteri Besar sepenuh penggal selepas PRU 14 masih samar-samar dan ‘gelap gambor’, kata orang Terengganu.


Razif yang merampas kuasa daripada pendahulunya Dato’ Seri Ahmad Said hanya ditabalkan menjadi MB setelah setahun berlalu PRU 13 atas mandat watikah pelantikan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, bukan dari mandat rakyat negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Cadangan Bajet Malaysia 2018