Kemenangan Di Terengganu Akan Melonjak Kuasa Politik Melayu Islam

DUNGUN - Terengganu dijadikan antara negeri sasaran, yang perlu dimenangi PAS di dalam PRU 14, untuk meningkatkan lagi kuasa politik bagi orang Melayu Islam.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, berkata orang lain mungkin mempunyai matlamat yang berbagai-bagai, namun bagi pejuang Islam, matlaatanya hanya satu.

"Tapi kita....nyawa kita, hidup kita, mati kita, lillahi taala untuk melihat Islam tertegak diatas muka bumi," tegas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu juga berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun Kali Ke 59 di Dewan Al Husna, Darul Ansor, Kampung Alur Mak Bah di sini pada 24 Mac.

Oleh itu, kata beliau, PAS mehukan kemenangan di duniia dan lebih-lebih lagi di akhirat

“Tak munasabah kita ni tak mahu kemenangan sedangkan kemenangan itu dijangka oleh Allah Taala, tak di dunia, di akhirat,” ujar beliau lagi.


Justeru itu, tidak sayugia ahli dan penyokong dalam hal ini tambah Ustaz Satiful, hanya sekadar doa semata-mata.

“Kemenangan itu bukan hanya sekadar siapa yang paling kuat bertakbir," tegas beliau.

Justeru itu,  persiapan PAS Terengganu tidak pernah terhenti sejak  PRU ke-13 hingga sekarang tidak pernah kurang.

Ulasan