Novel Coronavirus: Hikmat Islam Haramkan Beberapa Perkara

Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Wabak Novel Coronavirus yang sedang mengancam penduduk dunia sekarang menggambarkan kebenaran ‘hikmat’ Islam mengharam dan menghalalkan beberapa perkara.
Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh mengingatkan bahawa, antara punca virus tersebut ialah daripada makanan eksotik yang digemari orang-orang China.
Katanya, mengikut laporan Sinar Harian dilaporkan, ular dipercayai sumber asal kepada virus korona seperti Sistem Penafasan Akut Teruk (SARS) yang sedang merebak di China sekarang.
“Rasulullah mendahului zaman dengan ‘life’ Islam sebagai gpencegahan , sunat whudu istinsyaq antara cara atasi merebaknya virus ni,” jelasnya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiah, PAS Kawasan Dungun itu menyebut demikian ketika diminta mengulas menularnya wabak yang mula dikesan di Wuhan, China.
Ustaz Jamaluddin turut menyelar kedegilan pemerintah Pakatan Harapan(PH) yang masih membenarkan kemasukan pelancong cina ke negara ini sedangkan seluruh dunia melarang mereka memasuki negara mereka.
“Sepatutnya dibantah oleh rakyat secara konsisten, tidak mesti hanya kerana corona ni aje,” tegasnya.
Beliau seterusnya mengajak semua untuk merebah diri menghina diri depan Allah mengharap rahmatnya memberi jalan keluar dari ujian ini.
“Marilah kita bersolat hajat memohon kepada Allah, hanya Allah yang dapat menyelamatkan kita daripada penyakit ini,” ujarnya.

Ulasan