Satu Persatu Kejayaan Dicapai Bawah Pemerintahan PAS Terengganu

Oleh: Hidayah Azlin
SETIU – Satu persatu kejayaan berjaya dicapai dibawah pemerintahan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Negeri Terengganu setelah menaungi tapuk pemerintahan sejak Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 yang lalu.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, antara kejayaan yang dikecapi ialah Kerajaan Terengganu telah berjaya membuat pembaharuan Dasar Tanah Negeri.
Katanya, penambahbaikan dari masa ke masa untuk membuka peluang yang baik kepada rakyat terutama membantu golongan berpendapatan rendah.
‘’ Antara beberapa pembaharuan yang telah dilaksanakan ialah menaikkan tempoh pajakan mukim bagi tanah pertanian telah dinaikkan daripada 60 tahun kepada 99 tahun.
‘’ Ianya sama sebagaimana tempoh pajakan mukim tanah bangunan dan kediaman. Mohon maaf, kerajaan tidak dapat nak bagi tempoh pajakan sehingga 999 tahun,’’ katanya dalam satu kenyataan rasmi, baru-baru ini.
Sementara itu, kelayakan untuk memohon bayaran premium tanah secara ansuran juga telah dinaikkan daripada pendapatan bulanan tidak melebihi RM700 kepada pendapatan RM1700 sebulan.
“Dengan ini lebih ramai rakyat yang kurang berkemampuan layak untuk mohon bagi membayar premium tanah secara ansuran selama tempoh tiga tahun,
“Selain itu, permohonan tanah haram turut dibuka semula bermula Mei 2019 sehingga Disember 2020 setelah ia ditutup sebelum ini pada tahun 2012,” jelasnya.
Menurut beliau yang juga Timbalan Yang Di-Pertua (TYDP) Setiu, menyeru agar rakyat Terengganu merebut dan memanfaatkan peluang ini sebaiknya sebelum tiba tamat tempoh.

Ulasan